Text Size
  • Versi Bahasa
  • English Version
  help
Flat View
See by year
Monthly View
See by month
Weekly View
See by week
Daily View
See Today
Categories
See by categories
Search
Search
HEBOH BUKU 2010
From Tuesday, July 20 2010 -  8:00am
To Wednesday, July 21 2010 - 5:00pm
by  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Hits : 5662

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan

JEMPUTAN DAN HEBAHAN PROGRAM HEBOH BUKU 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Penerbit Universiti Sains Malaysia akan mengajurkan Program Heboh Buku 2010 pada 21-23 Julai 2010 di Dewan Budaya, Dataran Bintang dan Balai Pasiban Agung, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

2.      Program ini akan meliputi aktiviti seperti majlis pelancaran buku,bicara buku dan 2 tokoh bicara ilmu, pameran dan jualan buku, bacaan puisi, persembahan muzik tradisional, pameran teknologi dan buku elektronik dan pelbagai aktiviti untuk penyertaan orang ramai serta cabutan nombor bertuah. Tema Heboh Buku 2010 pada tahun ini "Buku Memperkasa Negara".

 

3.      Objektif program ini antaranya ialah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat berilmu dan meraikan penulis yang bukunya dilancarkan.

 

4.      Program Heboh Buku ini mendapat sambutan dan penyertaan yang amat baik daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sehubungan itu, sukacita kami memohon kerjasaam  pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama terlibat dan menghebahkan program ini kepada semua untuk menyertai dan mengunjungi program ini. Program ini amat bermanfaat untuk semua warga.

 

5.      Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Heboh Buku, sila hubungi Puan Salina Saleh melalui talian 04-653 4432, emel  salina_yasser@yahoo.com.my dan boleh layari laman web Heboh Buku 2010 di alamat http://www.penerbit.usm.my/hb2010/index.html.

 

6.      Pihak kami amat mengalu-alukan kunjungan daripada institusi pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Kami dahului kerjasama dan kunjungan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BUKU MEMPERKASA NEGARA "

 

(Salina Saleh)

Pegawai Penerbitan

Taman Buku & Penyelidikan

E-mel:  salina_yasser@yahoo.com.my

Location : Dewan Budaya & Dataran Bintang
Contact : salina_yasser@yahoo.com.my

Back

Site Login