| HEBOH BUKU 2010 |
|
|
|
From Tuesday, July 20 2010 - 8:00am To Wednesday, July 21 2010 - 5:00pm
| by
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
| Hits : 5664 |
|
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan
JEMPUTAN DAN HEBAHAN PROGRAM HEBOH BUKU 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa Penerbit Universiti Sains Malaysia akan mengajurkan Program Heboh Buku 2010 pada 21-23 Julai 2010 di Dewan Budaya, Dataran Bintang dan Balai Pasiban Agung, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
2. Program ini akan meliputi aktiviti seperti majlis pelancaran buku,bicara buku dan 2 tokoh bicara ilmu, pameran dan jualan buku, bacaan puisi, persembahan muzik tradisional, pameran teknologi dan buku elektronik dan pelbagai aktiviti untuk penyertaan orang ramai serta cabutan nombor bertuah. Tema Heboh Buku 2010 pada tahun ini "Buku Memperkasa Negara".
3. Objektif program ini antaranya ialah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat berilmu dan meraikan penulis yang bukunya dilancarkan.
4. Program Heboh Buku ini mendapat sambutan dan penyertaan yang amat baik daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sehubungan itu, sukacita kami memohon kerjasaam pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama terlibat dan menghebahkan program ini kepada semua untuk menyertai dan mengunjungi program ini. Program ini amat bermanfaat untuk semua warga.
5. Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Heboh Buku, sila hubungi Puan Salina Saleh melalui talian 04-653 4432, emel salina_yasser@yahoo.com.my dan boleh layari laman web Heboh Buku 2010 di alamat http://www.penerbit.usm.my/hb2010/index.html.
6. Pihak kami amat mengalu-alukan kunjungan daripada institusi pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Kami dahului kerjasama dan kunjungan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BUKU MEMPERKASA NEGARA "
(Salina Saleh)
Pegawai Penerbitan
Taman Buku & Penyelidikan
E-mel: salina_yasser@yahoo.com.my |
Location : Dewan Budaya & Dataran Bintang Contact : salina_yasser@yahoo.com.my |
Back
|