Text Size
  • Versi Bahasa
  • English Version

NC SAMPAI SUMBANGAN KEPADA PESAKIT

IMG_1189

KUBANG KERIAN, 29 Jan - Afifi Adnan, 5, yang kini dirawat di Wad 6 Utara Onkologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah antara enam penerima bantuan zakat sumbangan Persatuan Isteri dan Staf Wanita (PELANGI) HUSM.

Sejumlah RM1500 dibelanjakan oleh PELANGI HUSM bertujuan untuk mengagihkan dana zakat yang dikumpulkan hasil daripada beberapa projek yang dijalankan sebelum ini dan majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Naib Canselor USM, Prof. Dato' Omar Osman dalam lawatannya di sini baru-baru ini.

Selain sumbangan zakat, PELANGI turut menyumbangkan beberapa permainan komputer riba kepada Wad 6 Utara Onlokogi untuk kegunaan bagi menceriakan para pesakit di wad berkenaan.

Menurut Pengerusi PELANGI HUSM, Datin Dayang Sufiah Azamain, pertubuhan yang berdaftar secara rasmi dengan pejabat pendaftaran pertubuhan pada 15 Jun tahun lalu itu bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melakukan amal jariah.

Katanya, PELANGI HUSM juga komited dalam menyokong kegiatan-kegiatan yang menuju ke arah pendidikan dan kebajikan isteri dan staf wanita HUSM.

"Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyatupadukan isteri kepada staf dan staf wanita di semua peringkat pentadbiran.

"Antara program yang telah dijalankan ialah Jualan Garaj dan Majlis Sumbangan Zakat kepada staf wanita yang layak, majlis ramah mesra bersama pesakit dan banyak lagi," katanya dalam ucapan alu-aluannya  sempena majlis penyampaian zakat dan sumbangan kepada pesakit HUSM.

Prof. Dato' Omar Osman turut melawat beberapa unit pentadbiran lain dalam siri lawatannya  itu. Terdahulu Naib Canselor USM itu turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan HUSM dan melawat Bank Tisu di Pusat Pengajian Sains Perubatan.

 

 

 

 

 

Follow Us

tweett

Site Login