Muhamad dilantik Timbalan Naib Canselor Penyelidikan USM
Pulau Pinang 29 Jan - Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia (USM), mengumumkan pelantikan Prof. Muhamad Jantan, 57, sebagai Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan dan Inovasi universiti berkenaan.
Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Naib Canselor USM, Mohamad Abdullah berkata, pelantikan tersebut berkuatkuasa 1 Februari ini dengan tempoh tiga tahun selepas mendapat persetujuan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.
(Utusan Malaysia, 30 Januari 2013, ms 26, Hello Kampus)

