Text Size
  • Versi Bahasa
  • English Version

USM cungkil jaguh olahraga

Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar

Georgetown: Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM23,000 menanti lebih 1,000 peserta yang menyertai Larian Berganti-ganti Terbuka Keempat Universiti Sains Malaysia (USM) di Stadium Olahraga anjuran Kelab Olahraga USM pada jam 8 pagi, 23 Februari ini.

Setiausaha penganjur, Agila Fatin Ismail Affendee berkata, kategori dipertandingkan ialah Bawah 12 Tahun (B-12), remaja (B-19), Institut Pengajian Tinggi (IPT), Terbuka, junior veteran (40-49 tahun) dan senior veteran (50 tahun ke atas).

Kami harap lebih banyak penyertaan diterima termasuk pelajar luar negara seperti Singapura, katanya.

Menurutnya, penyertaan juga dibuka untuk warga kampus USM dalam kategori khas bagi menyemai semangat kesukanan dan berpasukan.

Kami mensasarkan untuk menjadikan acara itu kejohanan bertaraf antarabangsa pada masa akan datang sekali gus mempromosi budaya sukan di kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagi B-12, dua acara iaitu 4x50 meter (m) dan 2x100m untuk lelaki dan perempuan manakala empat acara B-19, 4x200m, 4x800m, 4x100m campuran dan rampaian 200m+200m+400m dan 800m akan dipertandingkan.

Kategori IPTA dan terbuka turut menawarkan acara sama manakala dua acara junior veteran 4x800m rampaian dan senior veteran pula 2x100m, 4x800m serta rampaian.

Kami mahu menjadikan kejohanan sebagai landasan mencungkil bakat baru olahraga khususnya acara berganti-ganti untuk diketengahkan.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan serta peraturan boleh diperoleh dengan melayari blog 4th USM Open Relay dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Siti Norfarahain di talian 019-474370 atau Ahmad Roni Sharil (013-6369593).

(Harian Metro, 8 Februari 2013, ms 8, Metroplus)

Follow Us

tweett

Site Login