Text Size
  • Versi Bahasa
  • English Version

MySihat biayai Projek Bebas Tembakau USM

Georgetown: Universiti Sains Malaysia (USM) menerima pembiayaan RM500,000 daripada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) bagi menjalankan Projek Bebas Tembakau.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman, berkata pembiayaan itu mampu memberi manfaat selain mencapai objektif yang dikehendaki.

Katanya, lebih 80 peratus daripada keseluruhan pembiayaan MySihat itu untuk program bina upaya, membabitkan 1,500 pelajar dari tiga kampus.

Pembiayaan tiga tahun

Projek bebas tembakau itu sudah digerakkan sejak pertengahan tahun lalu dan USM menjadi universiti yang terpilih apabila mendapat sokongan pembiayaan daripada MySihat selama tiga tahun.

Ia terbahagi kepada tiga aspek, iaitu program bina upaya dalam promosi kesihatan, khususnya kawalan tembakau untuk pelajar USM; penyediaan bahan promosi dan advokasi serta majlis pelancaran USM Bebas Tembakau, katanya selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) sempena Projek Bebas Tembakau USM, di sini, semalam.

Pada majlis itu, USM diwakili Omar manakala MySihat diwakili Pengerusinya, Toh Puan Dr Aishah Ong.

Sementara itu, Dr Aishah berkata, pihaknya berusaha mewujudkan gaya hidup masyarakat yang sihat dan aktif dengan melaksanakan 11 projek bebas tembakau.

Dengan pembiayaan terbabit, diharapkan USM dapat memacu projek itu di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) selain mewujudkan lebih banyak projek pembasmian berkaitan gejala sosial yang tidak sihat, katanya.

(Berita Harian, 9 Februari 2013, ms 24, Nasional)

Follow Us

tweett

Site Login