Text Size
  • Versi Bahasa
  • English Version

USM, PEMENANG KOLABORASI JAYAKAN PeKA

usmpemenang

PULAU PINANG, 20 Jul 2012 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mengukuhkan kerjasama melalui Projek Kecemerlangan Akademik (PeKA) yang dikhususkan kepada para pelajar sekolah di sekitar negeri ini.

Kerjasama itu dimeterai melalui penandatanganan memorandum perjanjian (MoA) di antara USM yang diwakili Naib Canselor, Prof. Dato’ Omar Osman dan Pemenang, yang diwakili Presidennya, Dato’ Seri Mohd. Yusoff Latiff.

Melalui kolaborasi itu, USM akan menawarkan khidmat tenaga pengajar bagi menjayakan kelas bimbingan akademik dengan penglibatan para pelajar pada setiap hujung minggu manakala Pemenang akan membiayai kos bagi menjayakan program tersebut.

usmpemenang 2

PeKA adalah satu projek khusus pemindahan ilmu yang akan memberi manfaat kepada para pelajar khususnya di peringkat sekolah menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan melalui aktiviti yang telah dirangka khusus dengan melibatkan penyertaan para pensyarah dan bakal-bakal guru dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM.

Majlis penandatanganan MoA itu turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Abbas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Seri Nor Mohamed Yakcop.

Ikuti Kami

tweett

Site Login