Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni, yang dulunya dikenali sebagai Pejabat Perhubungan Alumni, ditubuhkan pada tahun 2001 dengan objektif untuk merapatkan hubungan alumni dengan alma mater mereka melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Pejabat ini juga membantu universiti dengan menjana dana serta mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan alumni dan para pelajarnya. Majalah The Leader menjadi wadah untuk menghubungkan serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli alumni di samping memaparkan perkembangan terkini Universiti.
Misi Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni USM ialah: memupuk dan menyemai hubungan berterusan dengan alumni dan rakan-rakan seperjuangan; memupuk kesetiaan dan memberi perkhidmatan kepada mahasiswa-mahasiswi dan ; meningkatkan sifat dermawan bagi membantu mencapai sasaran universiti ke arah perkembangan, inovasi dan sumbangan kepada masyarakat.
Laman web Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni dilancarkan pada tahun 2008 bagi menyebarluaskan maklumat penting tentang aktiviti alumni di samping berfungsi sebagai medium untuk membina ikatan yang lebih erat sesama ahli alumni.