MAKLUMAT AM
Untuk memberi pilihan terbaik bagi mereka yang berminat, universiti kini mempunyai 24 buah pusat pengajian yang menjalankan aktiviti akademik manakala lebih 20 buah pusat kecemerlangan yang mengkhususkan kepada aktiviti penyelidikan. Pelbagai kemudahan turut disediakan untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta keselesaan dan kesejahteraan kehidupan di kampus.
Struktur program akademik yang ditawarkan di USM adalah terbahagi kepada 3 iaitu:
a) Program Pengajian Sepenuh Masa (Ijazah Pertama)
b) Program Pengajian Jarak Jauh (Ijazah Pertama)
c) Program Pengajian Siswazah (Ijazah Lanjutan)
Graduan yang tamat program akademik dengan jayanya di USM akan dianugerahkan Ijazah pertama iaitu Sarjana Muda; Doktor Perubatan/Pergigian dan Ijazah Tinggi iaitu Sarjana serta Doktor Falsafah mengikut peringkat dan bidang pengkhususan masing-masing.
Maklumat lanjut berhubung kemasukan, sila ke laman web Saluran Kemasukan USM.