Text Size
  • Versi Bahasa
  • English Version

Program Pengajian Penuh Masa (Ijazah Pertama)

USM menawarkan pelbagai Program Pengajian secara penuh masa kepada calon-calon yang berminat dan berkelayakan. Program seperti Sains, Sains Gunaan, Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi, Seni, Sains Farmasi, Perubatan, Sains Kesihatan , Pergigian, Sastera (Ilmu Kemanusiaan), Sains Kemasyarakatan, Sastera (Seni Halus), Pendidikan, Pengurusan dan Perakaunan, sering menjadikan  pilihan para pelajar untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat  universiti.

Saluran Kemasukan terdiri daripada :


1. Saluran Perdana (Lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma/Setaraf) – Ambilan Utama

Pengurusan pengambilan pelajar bagi Program Pengajian Ijazah Pertama (Penuh Masa) dikendalikan sendiri oleh USM bermula Sidang Akademik 2009/2010 tanpa melalui sistem UPU (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) setelah diberikan status Program Universiti APEX. Permohonan untuk mengikuti pengajian di USM adalah secara terus ke USM melalui dalam talian (online application) di laman web https://pohon.usm.my .Iklan permohonan akan disiarkan oleh Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar USM di akhbar-akhbar utama Malaysia mengikut kategori seperti berikut :
 
  Kategori   Tarikh Iklan          Tarikh Tutup Permohonan     
  Lepasan Matrikulasi / Asasi   Januari   April
  Lepasan STPM   Januari   April
  Lepasan Diploma / Setaraf
  ( A-Level, IB, SAM, AUSMAT dll)      
  Januari   April
2. Saluran Alternatif

i.    Kemasukan Saluran Kedua
Pengambilan pelajar baru melalui corak kemasukan saluran kedua adalah dikhaskan untuk calon-calon yang sedang bekerja, yang sebelum ini tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, untuk memungkinkan mereka memperolehi kelayakan ijazah. Program yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan Awam, Teknologi, Pendidikan Khas, PBP (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) dan Sains Kesihatan.

ii.    Kemasukan Khas
Pengambilan khas adalah satu saluran khas bagi staf kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang  ditawarkan. Setakat ini, USM hanya menawarkan program Perancangan dan Pengurusan Pembangunan dan program Kerja Sosial. Turut ditawarkan ialah program Seni Bina (Bahagian 2) khas untuk graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, bangunan dan Perancangan) yang mengkhusus dalam bidang Seni Bina.
 
 
 
 

iii.    Program Pendidikan Sepanjang Hayat (Warga Emas, Warga Sukan dan Warga Budaya)
Pengambilah pelajar dibawah program pendidikan sepanjang hayat bertujuan untuk membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian untuk memperolehi ijazah disamping untuk memantapkan kualiti taraf pendidikan negara dan meningkatkan tahap  intelektual di kalangan masyarakat Malaysia.

3. Program Antarabangsa Doktor Perubatan USM-KLE
Program off shore bersama Karnataka Lingayat Education (KLE) University di Belgaum, Bangalore, India mula ditawarkan pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2010/2011. Pelajar akan mengikuti pengajian di India selama lima tahun dan dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan USM setelah menamatkan pengajian. Permohonan untuk mengikuti program ini akan dibuka pada bulan Mac setiap tahun.

4. Program Diploma Kejururawatan
Program Diploma Kejururawatan USM merupakan satu program profesional yang berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Layari laman web Saluran Kemasukan USM untuk maklumat lanjut.

Site Login