Program Pengajian Siswazah (Ijazah Lanjutan)
Sekiranya anda telah mempunyai ijazah pertama dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, USM menawarkan pengajian ijazah lanjutan di peringkat sarjana dan kedoktoran.
Sesiapa yang ingin memohon untuk mengikuti program Ijazah Sarjana seharusnya memiliki Ijazah Pertama terlebih dahulu dengan pencapaian akademik yang baik dari universiti yang diiktiraf serta kelayakan yang boleh diterima pakai dan diperakukan oleh Senat USM. Walau bagaimana pun,calon yang tidak memiliki kelayakan yang disebutkan di atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai kelayakan yang bersesuaian serta memiliki pengalaman dalam bidang penyelidikan.
Permohonan bagi program Ijazah Kedoktoran (Ph.D) pula memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana yang diiktiraf serta kelayakan yang boleh diterima pakai dan diperakukan oleh Senat USM. Dalam kes tertentu, Senat boleh memperakukan pemegang Ijazah Pertama yang cemerlang untuk mengikuti program ini.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan, syarat kemasukan, yuran dan sebagainya, sila layari laman web Institut Pengajian Siswazah.

