Text Size
  • Versi Bahasa
  • English Version

Program Pengajian Jarak Jauh (Ijazah Pertama)

Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) telah dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1971 dan merupakan satu rancangan pengajian yang terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian ijazah secara jarak jauh.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah setara dengan kursus yang diikuti oleh pelajar dalam kampus. Bahan pengajaran terdiri daripada bahan bercetak, pita rakaman dan bahan aneka media yang lain.

Jangkamasa pengajian ialah selama 4 tahun (minimum) hingga 12 tahun (maksimum). Mereka yang berjaya akan dianugerahkan salah satu Ijazah Sarjana Muda seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)

  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian)

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)

Permohonan untuk mengikuti rancangan ini boleh dibuat secara online melalui saluran e-Mohon.

Info Pelajar

Ikuti Kami

tweett

Site Login