Text Size
  • Versi Bahasa
  • English Version

Kampus Sejahtera

Konsep Kampus Sejahtera (Kampus Sihat) wujud hasil daripada kesedaran bahawa faktor utama untuk meningkatkan pembelajaran adalah kualiti hidup dan kesihatan pelajar dalam konteks yang lebih luas.  Perkataan sejahtera merentas beberapa dimensi aspek kerohanian, sosial, fizikal, mental, intelektual, emosi dan persekitaran.  Perkataan ini berfungsi sebagai perekat sosial yang  menggabungjalinkan kesemua aspek tersebut dalam keseimbangan yang harmoni dan optimum di antara satu sama lain.

Program Kampus Sejahtera bermula pada tahun 2000 dan didasarkan pada 5 ciri utama:

  • Kesukarelaan
  • Pasukan kerja
  • Data dan Pemacu  Maklumat
  • Kecukupan diri bagi sumber dalaman
  • Dokumentasi komprehensif
 
Program ini menekankan keperluan gaya hidup sihat sebagai kunci untuk memperoleh ilmu.  Sumber maklumat diutamakan dalam usaha menyediakan perkhidmatan bersepadu. Sehubungan ini, sebuah portal yang dikenali sebagai Portal Kampus Sejahtera (http://healthycampus.usm.my) telah dibangunkan.  Portal ini menekankan kebolehcapaian umum terhadap maklumat berkenaan aktiviti dan dokumentasi berkaitan dengan keinginan kesejahteraan.

Site Login