Konsep Kampus Sejahtera (Kampus Sihat) wujud hasil daripada kesedaran bahawa faktor utama untuk meningkatkan pembelajaran adalah kualiti hidup dan kesihatan pelajar dalam konteks yang lebih luas. Perkataan sejahtera merentas beberapa dimensi aspek kerohanian, sosial, fizikal, mental, intelektual, emosi dan persekitaran. Perkataan ini berfungsi sebagai perekat sosial yang menggabungjalinkan kesemua aspek tersebut dalam keseimbangan yang harmoni dan optimum di antara satu sama lain.
Program Kampus Sejahtera bermula pada tahun 2000 dan didasarkan pada 5 ciri utama: