Prof. Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM (kanan) menerima Sijil Pelantikan sebagai Regional Centre of Expertise (RCE) Penang daripada Prof. Hans van Ginkel, Rektor United Nations Decade on Education (UNU) di Nagoya University.
USM telah dilantik sebagai Pusat Kecemerlangan Wilayah (RCE) bagi Pendidikan untuk Pembangunan Lestari, selaras dengan United Nations Decade on Education for Sustainable Development. Surat pelantikan disampaikan oleh Rektor United Nations University, Prof Hans van Ginkel kepada Naib Canselor Prof Dzulkifli bin Abdul Razak pada 29 Jun 2005 di Nagoya, Jepun.
Hal ini menjadikan USM sebagai sebuah daripada tujuh kumpulan perintis RCE di dunia bersama-sama dengan Greater Sendai Area RCE Jepun, RCE Toronto Kanada, RCE Okayama Jepun, RCE for Pacific Island Countries, RCE Rhine-Meuse Holland dan RCE Barcelona Spain. Setiap RCE akan memainkan peranan dalam memberikan pendidikan bagi pembangunan lestari dan mengambil langkah yang perlu untuk menjadikan pembangunan lestari sebagai kenyataan bagi masyarakat di mana RCE beroperasi. Sehingga 2010, terdapat lebih daripada 70 RCE di seantero dunia.
RCE akan menjadi sebahagian daripada rangkaian global yang dikelola oleh United Nations University untuk menawarkan program pendidikan global dan aktiviti untuk pembangunan lestari. Matlamat program ini adalah untuk mendidik masyarakat awan di seantero dunia tentang pentingnya pembangunan lestari sebagai prinsip penyatuan untuk masa depan.
Hal ini selaras dengan usaha USM untuk menerokai konsep berkaitan dengan
Kampus Sejahtera (Kampus Sihat) dan inisiatif
Universiti Dalam Taman untuk menyemai semangat kelestarian dalam kalangan warga kampus. Lebih banyak penyelidikan akan dijalankan dalam usaha mencapai hasrat murni ini yang memerlukan sokongan daripada semua golongan masyarakat untuk misi RCE.
Untuk maklumat lanjut sila klik :
RCEPenang.pdf ( Untuk muat turun, sila klik di bahagian kanan dan pilih 'Save Link As ..')