Sanggar Sanjung

Anugerah “Sanggar Sanjung” merupakan satu pengiktirafan yang diberi oleh USM kepada kakitangan akademik dan juga Felo Skim Latihan Kakitangan Akademik yang cemerlang dalam penyelidikan dan aktiviti akademik setiap tahun.

Bermula tahun 2001,  kakitangan akademik yang berjaya menghasilkan produk inovatif, penerbitan wasit setara dan yang diiktiraf antarabangsa atau penerima anugerah peringkat kebangsaan atau antarabangsa akan menerima anugerah tersebut pada majlis  “Malam Sanggar Sanjung”  yang gilang-gemilang.

Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman web Sanggar Sanjung.