Laman Web Rasmi
Bahasa Malaysia | English     

Utama  |  Kenali USM  |  Gerbang Maklumat  |  Akademik & Kemasukan  |  Penyelidikan  |  Pusat Pengajian & Jabatan

   
SPOTLIGHT
 
 
 
 

 
BERITA USM
 

TEKNOLOGI USM BERUPAYA BANTU PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH SELURUH NEGARA


PULAU PINANG, 31 Jan: Selaras dengan misi perkongsian ilmu dengan masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini memperkenalkan produk ‘I-Teacher’ yang dihasilkan bagi membantu proses pembelajaran di peringkat sekolah.

‘I-Teacher’ dihasilkan menerusi penyelidikan tiga tahun Prof. Hanafi Atan, Prof.Madya Zuraidah Abdul Rahman dan Prof.Madya Omar Majid, pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM dan bakal dipasarkan kepada rakyat di negara ini menerusi kerjasama USM dengan dua syarikat berasaskan teknologi pendidikan, e-Educator Sdn. Bhd. dan Kenshido International Sdn. Bhd.

Produk berasaskan internet tersebut dilengkapi dengan pengisian mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia selain disokong oleh animasi interaktif, elemen bimbingan avatar, persembahan slaid dan ciri-ciri pemantauan perkembangan semasa pelajar.

BUat masa ini, ‘I-Teacher’ direkabentuk dengan khusus bagi membantu pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia.

T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketika melancarkan pemasaran produk ‘I-Teacher’ dan sebuah lagi produk pembelajaran syarikat Kenshido International Sdn. Bhd., SCORE-A berkata langkah memasarkan hasil inovasi dari sesebuah universiti demi manafaat masyarakat sesebuah negara adalah hasil kejayaan yang amat dinantikan oleh semua.

“Tambahan lagi, ia melibatkan produk pendidikan untuk pelajar sekolah. Kita sedia maklum, pendidikan anak-anak remaja adalah aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, kejayaan ini adalah sesuatu yang amat dinantikan,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, corak pembelajaran masa kini juga harus diteliti dan disesuaikan dengan kehendak, keperluan dan persekitaran semasa generasi pelajar yang kini hidup dalam zaman ICT.

‘Kini telah wujud generasi baru yang dikenali sebagai ‘Digital Natives’. Mereka ini lahir pada akhir tahun 1970an dan dibesarkan dalam dunia di mana teknologi sudah wujud dan kian giat berkembang. Seharusnya wujud pertimbangan agar sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan warga ‘Digital Natives’ ini,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal. Timbalan Naib Canselor (Ha Ehwal Akademik dan Antarabangsa) mewakili Naib Canselor USM berkata pihak universiti sentiasa memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk membangunkan hasil penyelidikan universiti ke arah komersialisasi.

“USM misalnya telah menyalurkan pelbagai dana penyelidikan seperti Geran Penyelidikan ‘Research University’, Geran Penyelidikan Jangka Pendek, Geran Insentif dan sebagainya bagi membolehkan usaha ini dilaksanakan. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi turut tidak ketingalan membantu dalam usaha ini.

“Pemasaran produk adalah KPI yang perlu diperolehi bagi penyaluran dana keada staf akademik. Pembangunan produk ‘I-Teacher’ yang dibangunkan menerusi geran penyelidikan USM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini adalah satu kejayaan amat kami banggakan,” kata beliau.

Majlis pelancaran tersebut turut menyaksikan penandatanganan Perjanjian Kerjasama di antara USM dan e-Educator Sdn. Bhd dan juga penandatangan Perjanjian Kerjasama di antara e-Educator Sdn. Bhd. dengan Kenshido International Sdn. Bhd.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Prof. Madya Habibah Hj. Lateh, Dekan, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, En. Jason Kok, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Presiden, Kenshido International Sdn. Bhd dan En. Abdul Shukor, Pengarah, e-Educator Sdn. Bhd.

Nota Gambar: INOVASI UNTUK PENDIDIKAN NEGARA… T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas menekan kekunci pada computer riba bagi menyempurnakan pelancaran pemasaran ‘I-Teacher’ dan SCORE-A di USM hari ini sambil diperhatikan oleh Prof. Ahmad Shukri (dua dari kanan), Prof. Madya Habibah (paling kanan) dan En. Abdul Shukor (kiri). Turut kelihatan ialah En. Jason Kok.

Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

 
          Tarikh Dimasukkan : 31-1-2010
          Tarikh Mula Aktiviti : 31-1-2010
          Tarikh Tamat Aktiviti : 31-1-2010
          Fail Berkaitan : PNITEACH.JPG
 
Untuk maklumat yang lebih lanjut bolehlah menghubungi Izam Fairus Kamaruddin (e-mail)
 
       
Pautan USM
     
+mentor@USM +E-Buletin +The Invention +Skim Akademik
+TV@USM +Campus Tour +e-RecruIT +Program Latihan
+event@USM +Kampus Kesihatan +Keratan Akhbar +Alumni
+SAINS@USM +Kampus Kejuruteraan +Muat Turun +USAINS Holding
+e-Learning@USM +Jadual Liga Perdana USM FC    
       
    Kenali USM Gerbang Maklumat Akademik & kemasukkan Penyelidikan Pusat Pengajian & Jabatan
Fakta & Nombor Universiti Dalam Taman Sejarah Ringkas Lambang USM Governan USM Misi Lagu Menara Ilmu Piagam Pelanggan Bakal Pelajar Ibu Bapa & Pelawat Pelajar & Staf Ijazah Tinggi Alumni Kemasukan Kalendar Akademik Program Akademik Penawaran Kursus Bahagian Penyelidikan & Inovasi Pusat Penyelidikan Galeri Penyelidikan Jurnal & Penerbitan Direktori Kepakaran Sanggar Sanjung Pusat Pentadbiran Pusat Pengajian Pusat Kecemerlangan Pusat Akademik Pusat Perkhidmatan Desasiswa