Laman Web Rasmi
Bahasa Malaysia | English     

Utama  |  Kenali USM  |  Gerbang Maklumat  |  Akademik & Kemasukan  |  Penyelidikan  |  Pusat Pengajian & Jabatan

   
SPOTLIGHT
 
 
 
 

 
BERITA USM
 

USM PERTINGKAT PENULISAN KAJIAN KES DENGAN MPC


PULAU PINANG, 8 Mac – Universiti Sains Malaysa (USM) akan bergandingan dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam program peningkatan produktiviti, inovasi dan daya saing melalui Pelaksanaan Program Penulisan Kajian Kes serta program latihan secara efektif.

Perkara tersebut diputuskan dalam memorandum persefahaman (MoU) di antara USM dengan MPC yang diwakili Pemangku Naib Canselor USM, Prof. Lim Koon Ong dan Timbalan Ketua Pengarah II MPC, Abdul Latif Abu Seman di sini hari ini.

Prof. Lim Koon Ong berkata, secara spesifiknya usahasama tersebut akan dijalankan di antara Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan USM (GSB) dengan MPC Wilayah Utara, yang mana ia merangkumi penulisan jurnal dan penambahbaikan penulisan kajian kes sedia ada di negara ini.

Katanya,MoU yang berkuatkusan selama tempoh 24 bulan itu turut melibatkan guna sama kepakaran antara staf GSB dan MPC khasnya yang menjurus kepada bidang produktiviti, kreativiti dan inovasi.

``Pengajaran tidak hanya terhad dalam ruang lingkup bilik kuliah dan salah satu cara untuk pelajar memahami realiti dunia adalah melalui pengajaran menggunakan kajian kes. Dalam konteks ini, kajian kes terlibat adalah yang berkait dengan dunia perniagaan.

``Di atas kesedaran ini USM akan memberi sepenuh komitmen dengan pihak MPC khususnya dalam memperbanyakkan kajian kes-kes tempatan untuk didokumentasikan dan diterbitkan ke dalam jurnal,’’ katanya.

Tambah beliau, GSB turut berharap dapat meluaskan kerjasama dengan MPC melalui penerbitan-penerbitan lain dalam bidang yang berkait dengan produktiviti dan inovasi yang dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti graduan perniagaan dalam negara.

Ujar beliau, USM dan MPC mempunyai kepakaran tersendiri yang harus digembleng secara bersama dalam usaha menambah baik produktiviti negara melalui aktiviti penyelidikan, latihan dan pembangunan sistem penyampaian secara keseluruhan.

Sementara itu, Abdul Latif pula berkata, MPC kini dalam usaha mempertingkatkan kesedaran pihak industri dan komunitinya terhadap isu inovasi, kreativiti, produktiviti, kualiti dan daya saing, selaras dengan halatuju MPC yang baru.

Usaha tersebut ujarnya, memerlukan komitmen dan jaringan usahasama yang mantap dari pelbagai perkongsian pintar termasuk dengan institusi-institusi pengajian seperti yang dilaksanakan dengan USM.

``Kita turut berharap melalui usahasama ini, kedua-dua pihak dapat memberi nilai tambah kepada organisasi masing-masing kahsnya dalam menjayakan projek peningkatan produktiviti, kreativiti dan inovasi,’’ jelasnya.

Beliau turut menegaskan, MoU dengan USM adalah yang pertama diadakan di Wilayah Utara bagi tahun 2010 yang bertujuan memantapkan bidang ekonomi negara dan meningkatkan pengetahuan inovasi industri melalui program-program yang dirangka.

Antara program yang dirancang dalam MoU berkenaan termasuk usahasama latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan, kajian penyelidikan, penerbitan buku dan jurnal, dan pertukaran kepakaran yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi.




Keterangan Foto: Prof. Lim Koon Ong (kiri) bersama Abdul Latif Abu Seman ketika majlis penandatanganan MoU di USM, hari ini.



Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

 
          Tarikh Dimasukkan : 8-3-2010
          Fail Berkaitan : GSBMPC.jpg
 
Untuk maklumat yang lebih lanjut bolehlah menghubungi Marziana Mohamed Alias
 
       
Pautan USM
     
+mentor@USM +E-Buletin +The Invention +Skim Akademik
+TV@USM +Campus Tour +e-RecruIT +Program Latihan
+event@USM +Kampus Kesihatan +Keratan Akhbar +Alumni
+SAINS@USM +Kampus Kejuruteraan +Muat Turun +USAINS Holding
+e-Learning@USM +Jadual Liga Perdana USM FC    
       
    Kenali USM Gerbang Maklumat Akademik & kemasukkan Penyelidikan Pusat Pengajian & Jabatan
Fakta & Nombor Universiti Dalam Taman Sejarah Ringkas Lambang USM Governan USM Misi Lagu Menara Ilmu Piagam Pelanggan Bakal Pelajar Ibu Bapa & Pelawat Pelajar & Staf Ijazah Tinggi Alumni Kemasukan Kalendar Akademik Program Akademik Penawaran Kursus Bahagian Penyelidikan & Inovasi Pusat Penyelidikan Galeri Penyelidikan Jurnal & Penerbitan Direktori Kepakaran Sanggar Sanjung Pusat Pentadbiran Pusat Pengajian Pusat Kecemerlangan Pusat Akademik Pusat Perkhidmatan Desasiswa