|
|
|
Pelajar Baru USM Mendaftar Diri Serentak 27 Mei |
|
Kira-kira 5,000 orang pelajar baru USM akan mula mendaftar diri serentak di ketiga-tiga kampus USM untuk kemasukan 2002-2003 pada hari Isnin, 27 Mei ini. Dari jumlah tersebut, kira-kira 400 orang pelajar baru akan mendaftar di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan dan 850 orang pelajar lagi akan mendaftar di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal. Selebihnya akan mendaftar diri di desasiswa-desasiswa di kampus induk, Pulau Pinang.
Para pelajar lama pula akan balik ke kampus mulai 2 Jun 2002 ini terutamanya yang mendapat penginapan di desasiswa. Pendaftaran kursus secara talian (on-line registration) akan diadakan pada 3 Jun 2002, iaitu pada waktu pagi untuk pelajar baru dan waktu petang untuk pelajar—pelajar lama.
Para pelajar baru akan mengikuti Minggu Suaikenal sehingga 31 Mei 2002. Kemuncaknya ialah Majlis Sambutan Siswa yang akan berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, kampus induk Pulau Pinang pada hari Rabu, 29 Mei 2002 mulai jam 8.30 pagi. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Ani Arope akan menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar baru ini.
Majlis yang sama akan berlangsung di Dewan Utama Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan pada hari Khamis, 30 Mei 2002, jam 8.30 pagi. Pelajar-pelajar Kejuruteraan pula akan mengikuti Majlis Sambutan Siswa pada hari Jumaat, 31 Mei 2002, jam 8.30 pagi di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal.
Para pelajar baru ini selain daripada diberikan taklimat-taklimat tentang usaha pembangunan pelajar, akademik dan kemudahan-kemudahan yang ada di Universiti seperti Perpustakaan, turut akan ikuti dua ceramah khas. Pada hari Rabu, 29 Mei 2002, mereka akan mengikuti ceramah oleh alumni USM yang juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Mustafa Mansor.
Pada hari Khamis, 30 Mei pula, Y.B Dato’ Abdul Aziz Shamsuddin, Timbalan Menteri Pendidikan telah diundang untuk memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar baru ini.
|
|
|
|
Tarikh
Dimasukkan |
: |
10-5-2002 |
|
Lokasi
Aktiviti |
: |
USM |
|
Pengelola |
: |
Jabatan Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar |
| |
Untuk maklumat yang lebih lanjut bolehlah menghubungi
Mohamad Abdullah (e-mail)
|
| |
|
|