|
Majlis Penghuni Desasiswa Saujana sidang 2008/2009 telah merancang satu program khas yang dikenali sebagai “Expo ICT” untuk membantu penghuni Saujana mengetahui cara-cara mengendalikan komputer dengan baik. Program ini merupakan projek yang dikendalikan oleh Exco ICT dan Media Majlis Penghuni Desasiswa Saujana Sidang Akademik 2008/2009. Matlamat utama program ini ialah untuk memudahkan mahasiswa/i untuk mendapatkan keperluan pengajian iaitu komputer dengan harga yang murah dan berpatutan. Expo ini akan diadakan pada 23-26 Julai 2009 di Dewan Utama Pelajar. Program ini buat kali pertama disertai oleh tiga jabatan di dalam USM iaitu Desasiswa Saujana, PPKT dan juga Penerbit USM. Dijemput seluruh warga USM untuk memeriahkan EXPO ICT ini sambil membeli barangan komputer dengan harga yang sangat BERPATUTAN
|