Skip to main content

[8 Sept 2021] KINI STATUS VAKSINASI STAF USM BOLEH DIKEMASKINI MENERUSI CAMPUS ONLINE

(SEGERA)

KINI STATUS VAKSINASI STAF USM BOLEH DIKEMASKINI MENERUSI CAMPUS ONLINE

Perhatian kepada semua staf Universiti Sains Malaysia (USM), anda kini boleh mengemaskini status vaksinasi menerusi laman Campus Online masing-masing.

Pengemaskinian status vaksinasi ini amat penting bagi seluruh warga USM untuk membantu mencegah sebarang penularan jangkitan Covid-19 sesama keluarga besar USM dan membantu usaha negara mencapai tahap imunisasi tertinggi dalam kalangan warga kampus dan seterusnya komuniti (imuniti kelompok). Status vaksinasi ini juga akan menjadi indikator bagi universiti membuat persediaan untuk membuka kembali kampus dalam masa terdekat.

Sila klik pada ruangan kemaskini status vaksinasi yang telah disediakan dalam laman Campus Online masing-masing untuk sebarang kemaskini dari semasa ke semasa. Tempoh semakan dan pengemaskinian status vaksinasi staf bermula dari 8 hingga 15 September 2021. Selepas tempoh ini, staf boleh mengemaskini semula sebarang perubahan status vaksinasi dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan jasa baik daripada semua staf untuk mengemaskini status vaksinasi ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tahniah kerana anda turut membantu negara dalam memerangi wabak pandemik Covid-19 ini seterusnya mencapai imuniti kelompok negara.

Pihak Nerve Centre USM amat menghargai kerjasama anda semua. Lindung diri, lindung semua.

Sebarang maklumbalas, Nerve Centre boleh dihubungi di talian;

04-653 2267/6124 (Kampus Induk)
04-599 5530/5531/ (Kampus Kejuruteraan)
04-562 2999 (IPPT)
09-767 1306 (Kampus Kesihatan)

NERVE CENTRE
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

8 SEPTEMBER 2021

BACK TO ANNOUNCEMENTS