• USMGradByDesign
  • USMPermatangPelajar

ApexUSM

Rasional Logo

Logo ini dihasilkan sebagai kelangsungan inisiatif APEX sejak 2008. Bentuk segitiga menggambarkan tiga bucu yang mewakili nilai-nilai utama - kecemerlangan, kesejahteraan dan kemesraan disertai komponen kehidupan berasaskan kepada keinsanan, persekitaran dan ketuhanan. Segitiga ini disusun menaik ke atas bermaksud peningkatan pencapaian universiti yang berterusan dan seterusnyadisusun dan membentuk huruf A sebagai lambang kepada kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Komposisi sembilan bentuk segitiga adalah mewakili, sembilan teras APEX (Keilmuan, Masa Hadapan, Kelestarian, Kelainan, Kesejagatan, Kemanusiaan, Perubahan Pengorbanan, Kesejahteraan) sebagai pemacu kecemerlangan. Segitiga yang paling besar (warna ungu) mewakili kepada teras keilmuan manakala segitiga kedua terbesar (warna putih) mewakili kesejahteraan.

Keterangan Warna Logo

Warna ungu melambangkan kepada kematangan manakala jingga melambangkan dinamik sesuai dengan motto Kami Memimpin dan APEX yang bertunjangkan kepada kematangan yang diperkasakan oleh sifat dan sikap yang dinamik.

ASAS UNTUK ERATKAN SILATURRAHIM & MENERUSKAN TRADISI LESTARI

Salam Aidilfitri,

Saya dan isteri, Datin Noraizan Jamaludin ingin menghulurkan Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh warga kampus, sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai, para alumni serta siswa-siswa di mana jua berada.

Setelah sebulan kita melakukan pelbagai ibadah, membantu mereka yang memerlukan, bergotong royong untuk menyediakan juadah berbuka puasa, memberikan bantuan kepada yang memerlukan, menziarahi dan mengunjungi mereka yang sering dilupakan, menghulur juadah sahur kepada kumpulan yang dianggap gelandangan dan pelbagai lagi, kini masa untuk kita mengeratkan silaturrahim dengan tulus ikhlas demi kepentingan ummah seluruhnya.

Dalam gema tabir dan tahmid, tatkala bersalaman dengan penuh erat dan kasih sayang, jangan lupa untuk tunaikan amanah yang ada dan tanggungjawab kita bersama. Berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan, baik semasa memandu pulang ke kampung halaman dan di mana jua, menghormati segala undang-undang dan peraturan, mahu pun dalam hal-hal lain yang kita lakukan.

Gunakan kesempatan ini untuk menyemarakkan nilai-nilai murni hormat menghormati, menyayangi ibu bapa dan keluarga dengan ziarah menziarahi, kunjung mengunjungi dan mendekati mereka yang mungkin telah lama tidak bertemu dan jiran tetangga yang telah lama kita lupakan. Jangan lupa juga untuk menziarahi pusara, mendoakan serta mengingati mereka yang telah pergi, terutamanya apatah lagi orang-orang yang telah menabur jasa dalam hidup kita dan mengorbankan segalanya demi kesejahteraan semua termasuklah para wira negara.

Manakala kepada para pelajar antarabangsa dan mereka yang bukan Islam, inilah masanya untuk lebih memahami tuntutan dan nilai agama rakan-rakan ketika sambutan perayaan, budaya dan cara sambutan yang sangat menitik beratkan adab dan kekeluargaan serta kemeriahan rumah terbuka dengan kuih muih, lemang, ketupat dan rendang.

Sebagai orang berilmu, kitalah yang perlu menjadi “role model” dalam tindakan, amalan dan perbuatan yang lestari dan diredhai Tuhan dengan cara penuh hemah, bertolak ansur dan saling memahami.

Aidilfitri adalah masa untuk kita mensyukuri segala nikmat dan rahmat kurniaan-Nya dan mengeratkan silaturrahim yang ada.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

PROFESOR DATO’ DR. OMAR OSMAN

Naib Canselor

USMLogo


Rasional Logo

usm crest

Lambang

Lambang Universiti Sains Malaysia yang terdiri daripada anak bulan, dua ekor harimau, perisai dan moto, melambangkan identiti Malaysia, yang universiti ini mendapat ilham dan sokongan. Peranan universiti sebagai institusi kebangsaan terserlah dalam beberapa simbol lain.

Anak bulan melambangkan kebesaran agama Islam sebagai agama rasmi negara. Anak bulan dengan bintang pecah empat belas pula melambangkan perpaduan tiga belas buah negeri dengan Kerajaan Malaysia.

Dua ekor harimau, suatu simbol khusus bagi negara Malaysia, yang menggambarkan sifat-sifat kekuatan. Dua pelepah daun bertinta emas menandakan kemakmuran ekonomi Malaysia. Perisai yang diapit dua ekor harimau, sejenis alatan untuk perlindungan, merupakan suatu alatan tradisional yang diguna khususnya oleh orang-orang asli di negara ini. Warna ungu, yang menggambarkan kedudukan tinggi pula menjadi warna rasmi Universiti Sains Malaysia.

Buku terbuka yang terletak di bahagian atas perisai diibaratkan sebagai elemen ilmu yang dikaitkan dengan Universiti Sains Malaysia. Dua bilah keris, yang merupakan senjata tradisional orang-orang Melayu pula melambangkan kebesaran dan kekuasaan keluarga diraja. Bunga raya di bahagian atas perisai pula merupakan bunga kebangsaan negara.

Secara keseluruhannya, lambang ini didukung oleh moto ‘KAMI MEMIMPIN’ (WE LEAD) yang menggambarkan peranan Universiti dalam bidang ilmu, pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat.


logotaip
Logotaip

Huruf S berwarna putih diletakkan di antara huruf U dan M yang berwarna ungu.

Logotaip rasmi USM direka bentuk dalam susunan tiga huruf serangkai yang melambangkan perpaduan USM sebagai sebuah organisasi. Huruf S berwarna putih dan diapit oleh huruf U dan M yang berwarna ungu iaitu warna rasmi Universiti.

Penggunaan huruf S yang berwarna putih melambangkan kampus yang sejahtera serta cara pemikiran warganya yang sihat dan tajam. Huruf S juga melambangkan bidang Sains dan Sastera dalam bentuk simetri, iaitu simbol keseimbangan dan keharmonian dalam pencarian ilmu.

Huruf S juga melambangkan Sains dan Sastera, dalam bentuk S simetri, melambangkan rasa keseimbangan dan keharmonian dalam pencarian ilmu.

Huruf S yang terbuka pada bahagian atas dan bawahnya mewakili ciri “ di luar kotak pemikiran biasa” yang selari dengan aspirasi inovatif USM sebagaimana yang termaktub dalam misi universiti. Huruf S yang bersambung dengan huruf U dan M pula melambangkan hubungan erat di antara universiti dengan rakyat melalui penyebaran ilmu pengetahuan yang meluas.

Segitiga Jingga

Segitiga jingga melambangkan kekukuhan USM berdasarkan tiga nilai teras Universiti – Unggul, Sejahtera, Mesra. Kedudukan segitiga ini pada bahagian bawah huruf S melambangkan kepentingan ketiga-tiga nilai di atas dalam mendukung moto USM “Kami Memimpin”

Empat Garis Tegak Jingga

Empat garis tegak jingga ini pula melambangkan empat prinsip panduan USM yang berfungsi sebagai tonggak utama dalam keseluruhan pembangunan Universiti.

usm colorUngu USM

Menandakan kedudukan tinggi universiti, ini adalah warna rasmi USM.

Jingga USM

Warna jingga diterapkan daripada warna harimau pada lambang rasmi USM yang menggambarkan ciri-ciri USM yang dinamik dan aktif sebagai pelopor ilmu pada peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Klik untuk muat turun logo USM

Dunia yang lestari, kemanusiaan and masa depan manusia merupakan antara isu yang diperjuangkan oleh Universiti Sains Malaysia. Berdasarkan prinsip ini, USM telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk melaksanakan Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Accelerated Programme for Excellence, APEX). Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada 3 September 2008.

mouapex

Sejak penubuhannya pada tahun 1969, USM telah melalui pelbagai fasa pembangunan, bukan hanya berperanan melahirkan graduan untuk menyokong keperluan negara, malahan yang lebih penting, memainkan peranan sebagai daya pendorong untuk kemajuan dan pembangunan negara. Setelah 40 tahun berlalu, sudah tiba masanya USM bergerak ke peringkat seterusnya dalam usaha mempersiapkan Universiti untuk masa depan yang lebih mencabar dan unik.

apexx

Berdasarkan proposal APEX berjudul, “Transformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelastarian Hari Esok”, USM telah menggariskan usahanya dalam menyokong proses pembangunan lestari dalam memastikan masa depan yang lebih kekal. Secara khusus, dari segi kelangsungan kewujudan cakerawala dan manusia dengan memastikan penggunaan sumber yang tepat ke arah pemahaman yang lebih bermakna, penghormatan dan bahkan mengambil langkah yang perlu untuk membina masa depan yang teguh dan seimbang, maju dan lestari.

Penekanan diberikan "... untuk menyepadukan pembangunan lestari ke dalam sistem pendidikan supaya generasi masa depan dapat dipelihara dan mempunyai keperluan untuk melindungi ekologi, memulihara sumber dan membangun manusia berdasarkan nilai-nilai kesamaan, ketercapaian, ketersediaan, keterjangkauan, kesesuaian dan dalam menyatakan dengan jelas erti sihat yang berkualiti."

Seiring dengan ini, USM telah melaksanakan program penjenamaan semula yang akan membolehkannya untuk memperdalam dan menterjemah misi utamanya sebagai " universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.” Hal ini selari dengan wawasan "Transformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok."

USM sebagai Pusat Kecemerlangan Wilayah bagi Pendidikan Pembangunan Lestari yang diiktiraf oleh United Nations University di Nagoya University, Jepun, pada 29 Jun 2005 mempunyai kegiatan yang telah banyak dilaksanakan. Contoh penting termasuk kempen kelestarian seperti "Keranda Putih" (The White Coffin) yang berjaya membenteras penggunaan polistirena. Yang terkini, pengiktirafan daripada Global University Network for Innovation (GUNI). Begitu juga kempen yang masih berlangsung iaitu kempen untuk mengurangkan penggunaan plastik di dalam kampus. Pengerahan kepakaran dalaman untuk mengembangkan konsep "ekohab" dengan memanfaatkan sumber yang sedia ada merupakan contoh kejayaan setakat ini. Semua usaha ini dilakukan oleh para sukarelawan yang terdiri daripada warga kampus.

USM akan terus memimpin dalam mendepani cabaran hari esok dengan menyokong tujuh bidang utama sebagai dasar untuk membentuk universiti APEX negara yang pertama. Tujuh bidang ini memberikan keutamaan pada: Masa Depan, Keunikan, Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan dan Pengorbanan sebagaimana yang dijelaskan oleh Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato 'Dzulkifli Abdul Razak, dalam Perutusan Tahunan 2009 yang berjudul "Universiti APEX: Satu tuntutan, Satu Pengorbanan" (APEX university: A Quest, A Sacrifice.)

Hal ini bermaksud bahawa, USM akan melaksanakan sepenuhnya masa depan yang lestari dengan berpaksikan pendidikan tinggi sebagai pelantar untuk menjangkau manusia secara keseluruhannya, sambil mempertingkat sokongan kuat terhadap matlamat utama antarabangsa seperti Matlamat Pembangunan Alaf, Pendidikan untuk Semua, Pendidikan untuk Pembangunan Lestari dansebarang agenda yang lain pada masa depan. Oleh hal yang demikian, USM memilih untuk melangkah ke depan bersandarkan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy, BOS), yang memerlukan cara berfikir yang unik dan inovatif, mengambil tindakan dan menetapkan matlamat yang lain daripada norma. Yang pasti, mewujudkan kelestarian dan kemanusiaan sebagai teras unggul bagi melahirkan sebuah metafora baru bahawa USM gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan kehidupan bumi agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Secara ringkasnya, perkara inilah yang digambarkan sebagai APEX oleh USM.

zulham

 

 

 
 
 
 
 
 
 
Encik Zulham Bin Hamdan
Pengarah / Ketua Pegawai Maklumat
Pusat Pengetahuan Komunikasi Dan Teknologi
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, P. Pinang
 
No Tel. : (+60) 04-6534246
No Fax : (+60) 04-6561012
Email : zulham@usm.my

USM50LogoBRAND GUIDES

 

Kemasukan ke USM

  • iconBMvr

  • iconIMCCv2

Maklumat Terkini

  • Konvo57

  • VC2019

  • konvo56

  • sb usminfo

  • manualbrandcover

  • sb passport

  • sb yayasan

  • sb diari

Sistem Atas Talian

01 CampusOnline
02 StaffEmailBM
03 StudentEmailBM
04 PohonUSM
05 0nlineIPS
06 eRecruit
07 KaryaUSM
08 Ramadhan
09 eLearn

Pelawat

7966143
Hari iniHari ini897
SemalamSemalam3129
Minggu iniMinggu ini897
Bulan IniBulan Ini71587