Status Apex

Dunia yang lestari, kemanusiaan and masa depan manusia merupakan antara isu yang diperjuangkan oleh Universiti Sains Malaysia. Berdasarkan prinsip ini, USM telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk melaksanakan Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Accelerated Programme for Excellence, APEX). Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada 3 September 2008.

mouapex

Sejak penubuhannya pada tahun 1969, USM telah melalui pelbagai fasa pembangunan, bukan hanya berperanan melahirkan graduan untuk menyokong keperluan negara, malahan yang lebih penting, memainkan peranan sebagai daya pendorong untuk kemajuan dan pembangunan negara. Setelah 40 tahun berlalu, sudah tiba masanya USM bergerak ke peringkat seterusnya dalam usaha mempersiapkan Universiti untuk masa depan yang lebih mencabar dan unik.

apexx

Berdasarkan proposal APEX berjudul, “Transformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelastarian Hari Esok”, USM telah menggariskan usahanya dalam menyokong proses pembangunan lestari dalam memastikan masa depan yang lebih kekal. Secara khusus, dari segi kelangsungan kewujudan cakerawala dan manusia dengan memastikan penggunaan sumber yang tepat ke arah pemahaman yang lebih bermakna, penghormatan dan bahkan mengambil langkah yang perlu untuk membina masa depan yang teguh dan seimbang, maju dan lestari.

Penekanan diberikan "... untuk menyepadukan pembangunan lestari ke dalam sistem pendidikan supaya generasi masa depan dapat dipelihara dan mempunyai keperluan untuk melindungi ekologi, memulihara sumber dan membangun manusia berdasarkan nilai-nilai kesamaan, ketercapaian, ketersediaan, keterjangkauan, kesesuaian dan dalam menyatakan dengan jelas erti sihat yang berkualiti."

Seiring dengan ini, USM telah melaksanakan program penjenamaan semula yang akan membolehkannya untuk memperdalam dan menterjemah misi utamanya sebagai " universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.” Hal ini selari dengan wawasan "Transformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok."

USM sebagai Pusat Kecemerlangan Wilayah bagi Pendidikan Pembangunan Lestari yang diiktiraf oleh United Nations University di Nagoya University, Jepun, pada 29 Jun 2005 mempunyai kegiatan yang telah banyak dilaksanakan. Contoh penting termasuk kempen kelestarian seperti "Keranda Putih" (The White Coffin) yang berjaya membenteras penggunaan polistirena. Yang terkini, pengiktirafan daripada Global University Network for Innovation (GUNI). Begitu juga kempen yang masih berlangsung iaitu kempen untuk mengurangkan penggunaan plastik di dalam kampus. Pengerahan kepakaran dalaman untuk mengembangkan konsep "ekohab" dengan memanfaatkan sumber yang sedia ada merupakan contoh kejayaan setakat ini. Semua usaha ini dilakukan oleh para sukarelawan yang terdiri daripada warga kampus.

USM akan terus memimpin dalam mendepani cabaran hari esok dengan menyokong tujuh bidang utama sebagai dasar untuk membentuk universiti APEX negara yang pertama. Tujuh bidang ini memberikan keutamaan pada: Masa Depan, Keunikan, Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan dan Pengorbanan sebagaimana yang dijelaskan oleh Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato 'Dzulkifli Abdul Razak, dalam Perutusan Tahunan 2009 yang berjudul "Universiti APEX: Satu tuntutan, Satu Pengorbanan" (APEX university: A Quest, A Sacrifice.)

Hal ini bermaksud bahawa, USM akan melaksanakan sepenuhnya masa depan yang lestari dengan berpaksikan pendidikan tinggi sebagai pelantar untuk menjangkau manusia secara keseluruhannya, sambil mempertingkat sokongan kuat terhadap matlamat utama antarabangsa seperti Matlamat Pembangunan Alaf, Pendidikan untuk Semua, Pendidikan untuk Pembangunan Lestari dansebarang agenda yang lain pada masa depan. Oleh hal yang demikian, USM memilih untuk melangkah ke depan bersandarkan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy, BOS), yang memerlukan cara berfikir yang unik dan inovatif, mengambil tindakan dan menetapkan matlamat yang lain daripada norma. Yang pasti, mewujudkan kelestarian dan kemanusiaan sebagai teras unggul bagi melahirkan sebuah metafora baru bahawa USM gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan kehidupan bumi agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Secara ringkasnya, perkara inilah yang digambarkan sebagai APEX oleh USM.