Kami beriltizam untuk mencapai misi dan wawasan USM dengan :
- Memperkasa mahasiswa dengan nilai-nilai dan ciri-ciri yang diterima dalam pasaran tempatan & global.
- Menghakupaya mahasiswa untuk meningkatkan bakat kepimpinan masa hadapan bagi membina modal insan yang holistik dan peka kepada isu-isu kemasyarakatan dan perubahan global dalam proses pembinaan negara.
- Memperkasakan para penyelidik untuk meningkatkan hasil penyelidikan & inovasi yang diiktiraf dan memberi impak kepada masyarakat dan kelangsungan dunia yang lestari.
- Memperkasa kecemerlangan akademik melalui pembangunan profesional yang berterusan dan teknologi terkehadapan.
- Mendidik dan mengukuhkan usaha merealisasikan agenda kelestarian Universiti.
- Mengukuhkan jaringan kerjasama Universiti dalam pelbagai rangkaian strategik tempatan & global.
- Memperkasa tadbir urus Universiti melalui penambahbaikan kualiti & pembangunan profesional yang berterusan.