Profil USM

Latar Belakang Institusi

Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1969,  merupakan  universiti kedua tertua di negara ini.  Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.

Pada peringkat awal,  Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains.  Sejak itu, USM  membangun dengan pesatnya dan kini  USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada  peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar.  Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar negara.

USM ditubuhkan hasil persetujuan yang  tercapai daripada resolusi yang   diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di Pulau Pinang.  Sehubungan itu, sebidang tanah dikenal pasti di Sungai Ara sebagai tapak kolej universiti ini. Majlis Peletakan Batu Asas di tapak ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj  pada 7 Ogos 1967.

Walau bagaimanapun, Universiti Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1969 untuk  menampung keperluan kampus yang lebih luas dan persekitaran yang lebih kondusif bersesuaian dengan keperluan negara pada masa hadapan.

Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor.  Dua bulan kemudian, kumpulan pertama seramai  57 orang pelajar telah diterima masuk untuk mengikuti pengajian mereka.  Memandangkan kawasan kampus di Sungai Ara belum  dibangunkan, maka  kumpulan pelajar ini ditempatkan di Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugur yang dipinjamkan daripada Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1971, kampus yang sepatutnya di Sungai Ara dipindahkan ke tapak yang ada sekarang,  iaitu di  Minden.  Lokasi baru seluas 500 ekar yang terletak di kawasan berbukit  ini begitu  mempesonakan dengan persekitarannya yang menghijau, ditambah pula dengan keindahan laut yang luas terbentang.

Sejak penubuhannyanya,  USM melaksanakan sistem pusat pengajian,  yang agak berbeza dengan sistem falkulti yang lazimnya diamalkan.  Yang uniknya sistem ini adalah bahawa pelajar setiap pusat pengajian dapat memenuhi keperluan pengijazahan khusus di dalam bidang yang dipilih dan pada masa yang sama, pelajar berpeluang mengikuti bidang pengajian dalam disiplin lain yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain.  USM merupakan universiti pertama yang mengamalkan pendekatan antara bidang ini.  Melalui pendekatan ini,  USM dapat memastikan bahawa graduan yang dihasilkannya terlatih dan serba boleh.

Kampus Induk USM terletak di bahagian pulau Pulau Pinang dengan keluasan 591.72 ekar (240.13 hektar).  USM mempunyai dua kampus cawangan iaitu  Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian (lebih kurang 300 km dari Kampus Induk)  dan Kampus Kejuruteraan yang terletak di Nibong Tebal (lebih kurang 50 km dari Kampus Induk). Pusat Pengajian Sains Perubatan,  Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian terletak di Kampus Kesihatan, manakala Kampus Kejuruteraan menempatkan  enam Pusat Pengajian Kejuruteraan. Hingga kini, lebih daripada 30,000 pelajar telah mendaftar di USM.

Mengapa USM terlalu istimewa?

Sejak penubuhannya, USM telah mengamalkan pendekatan yang inovatif dalam pendidikan tinggi. Antara pendekatan yang penting adalah penyimpangan daripada sistem fakulti yang lazimnya diamalkan dalam organisasi akademik lain. Sebaliknya, USM telah melaksanakan sistem pusat pengajian yang lebih meluas. Melalui sistem ini, subjek yang berkaitan dikelompokkan ke dalam rancangan pengajian dan di setiap pusat pengajian,  pelbagai kursus dan subjek disusun untuk membolehkan pelajar menerima ijazah yang khusus dalam subjek tertentu.

Pada permulaan, USM telah diberi mandat untuk menyediakan, menggalakkan dan membangunkan  pengajian tinggi dalam bidang   Sains Tulen,  Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Farmasi,  Sains & Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Ilmu Pendidikan, di samping menyediakan penyelidikan dan pemajuan ilmu serta menyebarluaskan ilmu tersebut dalam bidang-bidang pengajian ini.

Sebagai satu daripada empat Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf sebagai Universiti Berintensifkan  Penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi,  USM turut menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan staf.  Satu daripada elemen utama dalam pembangunan kecemerlangan akademik di USM adalah penubuhan pusat dan unit penyelidikan.  Hal ini selaras dengan hakikat bahawa universiti  sememangnya sedar akan keperluan bidang penyelidikan dan pendidikan yang harus sentiasa terbuka terhadap permintaan masyarakat. Melalui penubuhan pusat dan unit ini, akan membuka  peluang yang lebih baik ke arah penyepaduan dan pembentukan jaringan.

Sebagai tambahan, USM turut menwarkan perkhidmatan perundingan, pengujian dan penasihatan kepada industri. Kesemua perkhidmatan ini tergolong di bawah kelolaan USAINS Holdings Sdn. Bhd, iaitu bahagian komersial USM.

Latarbelakang Program

USM menawarkan program sarjana dan pascasarjana yang dilakukan oleh pusat pengajian sebagai berikut:

Sains Gunaan
Pusat Pengajian Perumahan , Bangunan dan Perancangan
Pusat Pengajian Teknologi Industri
Pusat Pengajian Sains Farmasi
Pusat Pengajian Sains Komputer

Sastera Gunaan
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Pusat Pengajian Pengurusan
Pusat Pengajian Perumahan , Bangunan dan Perancangan
Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB)
Pusat Pengajian Komunikasi
Pusat Pengajian Seni

Sastera Tulen
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Sains Tulen
Pusat Pengajian Sains Biologi
Pusat Pengajian Sains Kimia
Pusat Pengajian Matematik
Pusat Pengajian Sains Fizik
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Kampus Kesihatan
Pusat Pengajian Sains Pergigian
Pusat Pengajian Sains Kesihatan
Pusat Pengajian Sains Perubatan

Senarai Pusat Penyelidikan, Pusat Perkhidmatan, dan Unit di USM adalah seperti berikut:

Pusat Penyelidikan

  1. Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia
  2. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara
  3. Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)
  4. Institut Perubatan & Pergigian Termaju
  5. Pelantar Penyelidikan Bio-Perubatan dan Sains Kesihatan
  6. Pelantar Penyelidikan Sains Fundamental
  7. Pelantar Penyelidikan Kejuruteraan dan Teknologi/Unit Inovasi dan Pembangunan Teknologi Kejuruteraan
  8. Pelantar Penyelidikan Sains Hayat
  9. Pelantar Penyelidikan Sains Klinikal
  10. Pelantar Penyelidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  11. Pelantar Penyelidikan Transformasi Sosial
  12. Pusat Genom Manusia (Pusat Vitual)
  13. Pusat IPv6 Termaju Negara (NAv6)
  14. Pusat Kajian Antarabangsa
  15. Pusat Kawalan Doping
  16. Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
  17. Pusat Kajian Samudera & Pantai  (CEMACS)
  18. Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE)
  19. Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia
  20. Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan
  21. Pusat Penyelidikan Dasar
  22. Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar
  23. Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita
  24. Pusat Racun Negara
  25. Pusat Rekabentuk Mikroelektronik Negara (CEDEC)
  26. Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia
  27. Sekretariat Falsafah & Sains Islam  (SEFSI)
  28. Sekretariat Kampus Sejahtera
  29. Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian  (REPUSM)
  30. Unit Penyelidikan Haiwan Makmal
  31. Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera
  32. Unit Penyelidikan Kawalan Vektor
  33. Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA)
  34. Unit Terjemahan Melalui Komputer


Pusat Perkhidmatan

  1. Pusat Teknologi Pengajaran Multimedia
  2. Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi
  3. Dewan Budaya
  4. Perpustakaan Hamdan Tahir
  5. Perpustakaan Hamzah Sendut
  6. Pusat Islam
  7. Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah
  8. Pusat Kemudahan Teknikal


Unit

  1. Unit Penyelidikan Sains Asronomi dan Atmosfera
  2. Unit Penyelidikan Pendidikan Asas
  3. Unit Terjemahan Melalui Komputer
  4. Unit Pembangunan Teknologi dan Inovasi Kejuruteraan
  5. Unit Penyelidikan Haiwan Makmal
  6. Unit Penyelidikan Pendidikan untuk Keamanan
  7. Unit Penasihatan Pengajaran dan Pembelajaran
  8. Unit Penyelidikan Kawalan Vektor


Kemudahan & Sumber Akademik

Kemudahan yang USM sediakan bagi pelajarnya diberikan di bawah ini:

  • Kafeteria yang selesa
  • Muzium bertaraf dunia & Galeri Seni dengan karya seni halus.
  • Dewan kuliah yang selesa untuk pengajaran & pembelajaran
  • Bank, kedai buku, farmasi, pejabat pos dan kedai runcit untuk memenuhi keperluan warga USM
  • Perpustakaan penyelidikan dengan lebih satu juta bahan bacaan, ia turut dilengkapi dengan pangkalan data elektronik dan akses internet.
  • Kediaman pelajar bagi menampung penginapan mereka di kampus.
  • Pusat Sukan yang dilengkapi dengan kemudahan bagi memenuhi acara sukan dan permainan pelajar.


Perkhidmatan Sokongan Mahasiswa & Aktiviti Pelajar Pembangunan

USM menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi mahasiswanya seperti penginapan asrama, kaunseling / bimbingan motivasi, sukan dan kemudahan rekreasi seperti padang bola sepak, 8-lorong trak sintetik berjalan, sebuah stadium hoki astroturf dan kolam renang saiz Olimpik. Budaya peristiwa / kegiatan yang diadakan di Balai Budaya untuk menggalakkan hubungan yang lebih erat antara pelajar. Ada juga pelbagai kelab dan masyarakat yang melayani pelbagai kepentingan. Ini termasuk Masyarakat Sains Politik, Sains Komputer Club, India Budaya Club, Navigator Masyarakat, Astronomi Club, Debating & Public Speaking Club, dan Komunikasi Massa Club untuk beberapa nama.

Unit Kaunseling di USM menawarkan perkhidmatan sokongan untuk membantu mengembangkan potensi pelajar dan kemampuan.

Selain memberikan sumbangan terhadap usaha penyelidikan kebangsaan dan kemajuan ilmu pengetahuan pada umumnya, Universiti juga telah mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti dan secara berkala mengkaji bidang kajian yang layak sokongan khusus untuk bersaing secara lebih berkesan untuk dana luaran. USM dalam usaha untuk memberikan insentif yang lebih baik untuk pembangunan produk baru dan proses oleh kakitangan, itu baru-baru ini dibuat peraturan khas yang menetapkan paten dan pengkomersilan hasil penelitian.