Skip to main content

Wacana 18: Politik Anak Muda Nusantara

USM PULAU PINANG, 23 Jun 2023 – Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Dewan Restu (MPDR) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) atas kejayaan menganjurkan program berimpak tinggi yang berlangsung pada 19 Jun 2023 di Auditorium Dewan Budaya USM. Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai 300 peserta.

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Mohamad Shaarudin Samsurijan, Dekan PPSK USM, yang mewakili Naib Canselor USM.

Menurut Mohamad Shaarudin, generasi muda perlu diberi ruang untuk menjadi penggerak utama dalam pembangunan negara, politik, dan ekonomi, kerana mereka sering menjadi pemangkin perubahan. Beliau percaya program wacana seperti ini mampu membuka mata golongan muda berusia 18 hingga 30 tahun untuk terlibat secara aktif dalam politik negara.

Selain itu, program ini menyediakan platform neutral dan ruang ‘selamat’ untuk pemegang taruh politik dari pelbagai latar belakang berkumpul serta membincangkan cabaran secara terbuka. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan kerjasama dalam kalangan peserta yang mempunyai pandangan berbeza.

Shaarudin turut berharap agar segala maklumat dan ilmu yang dikongsikan sepanjang program ini dapat menjadi panduan kepada para peserta pada masa hadapan.

Program diteruskan dengan sesi forum yang menampilkan tiga panelis iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; Ahli Dewan Undangan Negeri Rim merangkap Timbalan Pengerusi JPP TVET Melaka, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Profesor Sosiologi Politik PPSK USM, Profesor Dr. Sivamurugan Pandian; dan moderator forum, Mohd Firdaus Noh, wakil pelajar serta Presiden Kelab Sains Politik PPSK.Baca lagi..