#1 di Asia Tenggara
#2 di Asia
#18 di Dunia
Pertama di Malaysia
Hebahan
Pendaftaran Pelajar Baharu (Ijazah Sarjana Muda) Sidang Akademik 2025/2026 bagi semua rancangan (kecuali program Doktor Perubatan dan Doktor Pergigian) - Kampus Induk = 26-28 September 2025
Pendaftaran Pelajar Baharu (Ijazah Sarjana Muda) Sidang Akademik 2025/2026 bagi semua rancangan (kecuali program Doktor Perubatan dan Doktor Pergigian) - Kampus Kejuruteraan : 28 September 2025
Pendaftaran Pelajar Baharu (Ijazah Sarjana Muda) Sidang Akademik 2025/2026 bagi semua rancangan (kecuali program Doktor Perubatan dan Doktor Pergigian) - Kampus Kesihatan : 30 September 2025
Belajar@USM
Kami di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bangganya mengalu-alukan kehadiran pelajar dari 80 buah negara, sekali gus mencipta suasana pembelajaran yang benar-benar global. Dengan jumlah kemasukan pelajar yang melebihi 34,000 orang, USM menawarkan pelbagai gabungan yang kaya dengan budaya, perspektif, dan pengalaman. Pendekatan pelbagai disiplinnya melangkaui pelbagai bidang – sama ada minat anda dalam bidang sains, kejuruteraan, sains kemasyarakatan, atau seni, kepelbagaian kursus yang kami ada ini mempersiapkan anda untuk berjaya dalam dunia yang semakin saling berhubungan ini. Di samping itu, kami menawarkan program sarjana muda dan pascasiswazah yang fleksibel di luar kampus fizikal kami, yang memastikan anda mampu mencapai matlamat akademik dari mana-mana jua anda berada. Ketahui cara USM mampu menjadikan gerbang pengalaman pendidikan luar biasa anda!
Berita@USM
Berita Pilihan
Berita Mutakhir
Ucapan Alu-aluan Naib Canselor
Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan anda ke Universiti Sains Malaysia (USM), sebuah institusi terkemuka yang komited dalam melahirkan pemimpin dan pembawa pembaharuan masa depan. Di USM, anda bukan sahaja akan menemui tempat untuk memperoleh ilmu pengetahuan tetapi juga akan merasai persekitaran yang memupuk kreativiti, pemikiran kritis, dan inovasi. Kami komited menyediakan suatu pengalaman pendidikan yang transformatif yang memperkasa anda ke arah menyumbang sesuatu yang bermakna kepada masyarakat. Dengan asas yang kukuh dalam kecemerlangan akademik dan komuniti yang dinamik, saya yakin perjalanan anda di USM akan menjadi pengalaman yang cukup bermakna dan memberikan inspirasi.
Saya mengucapkan selamat maju jaya dan berharap dapat menyaksikan kejayaan anda nanti. Terima kasih.