Profil USM
Latar belakang USM
Ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai universiti kedua di negara ini, Universiti Sains Malaysia (USM) pada mulanya dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada tahun 1971, USM telah berpindah dari premis sementaranya di Maktab Perguruan Malaya, Bukit Gelugor, ke lokasi sekarang yang seluas 416.6 hektar di Minden, iaitu kira-kira 9.7 km dari George Town. USM menawarkan pelbagai kursus, daripada Sains Tulen, Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Sains Kesihatan, Sains Farmasi hinggalah Sains dan Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Pendidikan. Kursus-kursus ini ditawarkan pada peringkat sarjana muda dan pascasiswazah kepada 30,000 pelajar di 17 Pusat Pengajian di Kampus Induk, Pulau Pinang; enam (6) Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal (kira-kira 50 km dari Kampus Induk); dan tiga (3) Pusat Pengajian di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan (kira-kira 300 km dari Kampus Induk). USM juga mempunyai 17 pusat penyelidikan khusus untuk pelbagai bidang seperti arkeologi, perubatan dan pergigian, perubatan molekul, sains dan teknologi, kajian pengurusan dan pembangunan Islam, serta penyelidikan dasar dan kajian antarabangsa. Ia turut menyediakan perkhidmatan perundingan, pengujian, dan penasihatan kepada industri melalui USAINS Holdings Sdn. Bhd., iaitu cabang komersial universiti ini. Sejak awal penubuhannya, USM menggunakan sistem Pusat Pengajian berbanding sistem Fakulti tradisional untuk memastikan pelajarnya mendapat pendedahan pelbagai disiplin ilmu daripada bidang pengajian lain. Universiti ini juga menggalakkan pelajar untuk bergerak aktif dalam aktiviti kokurikulum melalui pelbagai kelab dan persatuan yang ditawarkan. Sebagai Universiti Penyelidikan Intensif yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) pada tahun 2007, USM menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan kakitangannya. Pada tahun 2008, USM telah menjadi universiti pertama di negara ini yang dipilih oleh kerajaan Malaysia untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX), iaitu satu program laluan pantas untuk membantu institusi pengajian tinggi mencapai status bertaraf dunia. Kemudahan Sumber & Akademik Kemudahan yang disediakan oleh USM untuk pelajarnya termasuklah muzium yang mengagumkan dengan artifak pamerannya bertaraf dunia, galeri seni yang canggih dengan karya seni halusnya yang hebat, dewan kuliah, bilik kuliah, bank, kedai buku, farmasi, pejabat pos, kedai runcit, perpustakaan penyelidikan yang kaya dengan koleksi lebih satu juta item serta rangkaian pangkalan data elektronik dan akses Internet yang meluas. Terdapat juga kediaman pelajar, pusat sukan dengan kemudahan dalaman dan luaran yang dapat menampung keperluan aktiviti sukan dan permainan, serta kafeteria dan astaka yang selesa dan direka dengan baik.
Perkhidmatan Sokongan Pelajar & Aktiviti Pembangunan Pelajar
USM menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelajarnya, termasuklah penginapan di asrama, bimbingan kaunseling dan motivasi, serta kemudahan sukan dan rekreasi seperti padang bola sepak, trek larian sintetik lapan (8) lorong, stadium hoki Astroturf, dan kolam renang bersaiz Olimpik. Acara dan aktiviti kebudayaan pula diadakan di Dewan Budaya untuk mengeratkan hubungan antara pelajar. Terdapat juga pelbagai kelab dan persatuan pelajar yang memenuhi keperluan pelbagai minat, antaranya adalah Persatuan Sains Politik, Kelab Sains Komputer, Kelab Kebudayaan India, Persatuan Navigator, Kelab Astronomi, Kelab Debat dan Pengucapan Awam, serta Kelab Komunikasi Massa. Unit Kaunseling di USM pula menawarkan perkhidmatan sokongan untuk membantu membangunkan potensi dan keupayaan pelajar.
Selain menyumbang usaha penyelidikan negara dan perkembangan ilmu pengetahuan secara umum, USM juga telah mengambil langkah untuk mengenal pasti dan menilai secara berkala bidang penyelidikan yang layak menerima sokongan khas agar dapat bersaing dengan lebih cekap untuk memperoleh dana luaran. Dalam usaha USM menyediakan insentif yang lebih baik bagi pembangunan produk dan proses baharu oleh kakitangannya, universiti ini telah merangka peraturan khusus yang mengawal paten dan pengkomersialan hasil penyelidikan.
Garis Panduan Program
Penang Main Campus
Applied Sciences
- School of Housing, Building and Planning
- School of Industrial Technology
- School of Pharmaceutical Sciences
- School of Computer Sciences
Applied Arts
- School of Educational Studies
- School of Management
- Graduate School of Business (GSB)
- School of Communication
- School of the Art
- School of Languages, Literacies and Translation
- School of Humanities
- School of Social Sciences
Pure Sciences
- School of Biological Sciences
- School of Chemical Sciences
- School of Mathematical Sciences
- School of Physics
- School of Distance Education
- Institute of Postgraduate Studies
Engineering Campus
- School of Electrical and Electronic Engineering
- School of Materials and Mineral Resources Engineering
- School of Aerospace Engineering
- School of Chemical Engineering
- School of Civil Engineering
- School of Mechanical Engineering
Health Campus
Hi-Centres of Excellence
- National Poison Centre
- River Engineering and Urban Drainage Research Centre (REDAC)
- Institut for Research in Molecular Medicine (INFORMM)
- Centre for Drug Research
- Collaborative Microelectronic Design Excellence Centre (CEDEC)
- Science & Engineering Research Centre (SERC)
- Institute of Nano Optoelectronics Research and Technology (INOR)
- Centre for Chemical Biology (CCB)
- Centre for Marine & Coastal Studies (CEMACS)
- Analytical Biochemistry Research Centre (ABrC)
- Centre for Global Sustainability Studies (CGSS)
- Cybersecurity Research Centre (CYRES)
- Malaysian Institute of Pharmaceuticals and Nutraceuticals (IPharm)
- Centre for Global Archaeological Research
- Centre for Policy Research and International Studies (CenPRIS)
- Centre for Research on Women and Gender (KANITA)
- Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)
- Centre for Instructional Technology and Multimedia
- National Higher Education Research Institute
- Advanced Medical & Dental Institute (AMDI)
- Pusat Genom Manusia (Pusat Vitual)
Administration & Service Centres
- Vice-Chancellor's Office
- Division of Academic & International
- Division of Research & Innovation
- Division of Students Development Affairs & Alumni
- Division of Industrial & Community Network
- Institutional Planning & Strategic Centre (IPSC)
- Division of Sustainability and Institutional Development
- Internal Audit Unit
- Occupational Safety & Health Unit
- Centre for Development of Academic Excellence & Student Development (CDAE)
- Pusat Kualiti Akademik
- Pusat Swa-Akreditasi
- Registry Department
- Bursary Department
- Legal Office
- USM International Office (IO)
- Pusat Transformasi Insan (PTI)
- Penerbit USM (USM Press)
- Sains@USM
- USM Library
- Centre for Knowledge, Communication & Technology
- Islamic Centre
- Centre for Co-Curricular Programme
- Security Department
- Development Department
- Tuanku Fauziah Museum & Arts Gallery (MTGF)
- Sejahtera Centre
- Sports and Recreation Centre
- Animal Research and Service Centre (ARASC)
- Center for Neuroscience Services and Research (P3 Neuro)
- Dewan Budaya USM
- Ombudsman Office
Misi & Visi
Visi : "Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok"
Misi : USM merupakan universiti perintis intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terbawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka.
Nilai : Kualiti, Kesaksamaan, Ketersediaan, Kebolehcapaian, Kemampuan, Kesesuaian
Teras : Pengetahuan, Masa Hadapan, Keunikan, Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan, Pengorbanan, Kesejahteraan
Misi & Visi
Tonggak USM
Piagam Pelanggan
Kami komited untuk mencapai misi dan visi USM melalui :
- Memperkasakan pelajar dengan nilai-nilai dan ciri-ciri yang diterima dalam pasaran tempatan dan global.
- Memperkasakan pelajar untuk meningkatkan bakat kepimpinan masa depan dalam membina modal insan yang holistik dan peka akan isu-isu sosial serta perubahan global dalam proses pembinaan bangsa.
- Memperkasakan penyelidik untuk meningkatkan penyelidikan dan inovasi yang diiktiraf serta memberikan impak kepada masyarakat dan kelangsungan dunia yang lestari.
- Memperkukuh kecemerlangan akademik melalui pembangunan profesional berterusan dan mengikuti perkembangan teknologi.
- Mendidik dan memperkukuh usaha merealisasikan agenda kelestarian Universiti.
- Memperkukuh kerjasama Universiti dalam pelbagai rangkaian strategik tempatan dan global.
- Memperkukuh tadbir urus Universiti melalui peningkatan kualiti dan pembangunan profesional berterusan.