Signature@USM
-
Kopa Arena
Jika anda melalui pintu masuk Universiti Sains Malaysia (USM) yang menghadap Jalan Sultan Azlan Shah di Batu Uban pada waktu malam, bahkan pada siang hari sekalipun, pastinya anda akan melihat dua padang bola sepak buatan baharu yang menghiasi laman hijau universiti yang luas itu. Dinamakan sebagai KOPA ARENA@USM, kedua-dua padang tersebut, masing-masing berukuran 105m x 68m, dibina mengikut piawaian FIFA (badan pentadbir tertinggi bagi bola sepak antarabangsa) dan dilengkapi kemudahan yang canggih.
-
The Bricks
Terletak di bangunan Siswaniaga@USM, kawasan tarikan yang baru ditubuhkan ini merupakan satu-satunya tempat untuk menyerlahkan lagi jenama dan identiti USM. Ia juga merupakan salah satu tempat tumpuan para pelajar dan warga USM untuk memperkukuh kemahiran keusahawanan mereka. Selain itu, ia berfungsi sebagai lokasi acara dan mesyuarat, serta menempatkan outlet utama USM yang dipanggil ‘Oleole’ yang menjual pelbagai barangan jenama USM. Bangunan ini dibina selepas USM dinobatkan sebagai Juara Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi (MEA) di Malaysia pada tahun 2018.
-
Micro-Credentials USM
USM dan OpenLearning Global (M) Sdn. Bhd. telah bekerjasama mencipta platform pembelajaran berasaskan kompetensi micro-credential (yang pertama seumpamanya di Malaysia), yang menumpukan Pembangunan Diri & Profesional Individu. Ia membolehkan individu memperoleh pengiktirafan atau pentauliahan bagi kemahiran dan kompetensi yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang kerjaya dan kehidupan mereka. Portal Pembelajaran dalam Talian Micro-Credential USM akan sentiasa menyokong pembelajaran sepanjang hayat individu, pendidik dan tenaga kerja dalam mana-mana organisasi atau industri ke arah memperoleh kompetensi yang diperlukan, selari dengan keperluan dan keutamaan mereka sendiri. Ia direka sedemikian rupa untuk membolehkan pembelajaran dan latihan tersebut menjadi lebih fleksibel, lebih selesa, lebih mudah diuruskan, dan yang lebih penting lagi, ia amat berpatutan.
-
Solar@USM
Universiti Sains Malaysia (USM) telah memeterai Perjanjian Jual Beli Tenaga Solar (PPA) selama 20 tahun dengan Ditrolic Energy Solutions Sdn. Bhd., sebuah syarikat penyelesaian tenaga bersih Malaysia untuk pelanggan korporat dan institusi di Asia Tenggara, untuk mewujudkan sistem solar atap 10.6MWp di kampus universiti. Pada akhir tahun 2023, sebanyak 22,374 keping modul solar telah berjaya dipasang di 90 bangunan, tempat letak kereta solar dan sistem solar di tanah, USM menjangkakan kebanyakan tenaga yang dibekalkan kepada kampusnya adalah bersih dan boleh diperbaharu. Sistem solar ini mampu menjana tenaga untuk 63.73% daripada permintaan tenaga puncak. Sepanjang hayatnya, kira-kira 278,683MWh tenaga bersih akan dihasilkan yang membolehkan USM menghapuskan 217,705 tan pelepasan CO2 secara keseluruhan.
-
Bilik Pintar (Asrama USM)
Keselesaan sentiasa menjadi keutamaan bagi kami. Kami ingin mengalu-alukan kedatangan pelajar ke USM dengan agenda “transformasi asrama dan penginapan” yang baru kami laksanakan. Bilik-bilik juga akan dikendali oleh sistem pintar yang akan memberikan kepuasan yang lebih banyak kepada penyewa. Pelaksanaan agenda ini telah dikongsi di seluruh negara dan ia telah membuka mata ramai pihak kerana mereka menyedari bahawa kejayaan dan kecemerlangan pelajar juga boleh datang dari aspek kehidupan universiti ini.
-
Drone@USM
-
Ruang Rehat Tetupai
Ruang baharu untuk pelajar dan staf di Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, iaitu tempat untuk belajar, berehat dan bersosial, bersantai serta bersenam.
Untuk lawatan VR
https://tetupailoungeusm.netlify.app/"Secara harfiah ruang rehat ini menyerupai tupai. TETUPAI merujuk komponen reka bentuk yang terdapat dalam rumah tradisional vernakular. Walaupun saiznya kecil dan kelihatan kurang signifikan secara visual, namun begitu, komponen ini ialah komponen yang penting yang menghubungkan, menyokong, dan memastikan kestabilan keseluruhan struktur. Ruang rehat ini adalah sebagai suatu penghormatan kepada semua warga USM. Sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, adalah penting."
Oleh: Prof. Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc.