Skip to main content

Matlamat Pendidikan Institusi (IEG)

Matlamat Kami

Matlamat Pendidikan Institusi (IEG) USM dibentuk berdasarkan Agenda HEBAT yang bertujuan melahirkan graduan yang holistik, pola fikir keusahawanan, seimbang, petah dan berdaya fikir ke arah menyumbang kesejahteraan masyarakat serta memenuhi keperluan nasional dan global.

Lima (5) Matlamat Pendidikan Institusi (IEG) USM bertujuan melahirkan graduan yang mampu:

  1. Mempamerkan pengetahuan, kemahiran dan integriti, khususnya dalam bidang profesional mereka dengan pemikiran global menggunakan pendekatan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.
  2. Memperlihatkan atribut yang seimbang antara nilai dan sikap altruistik, etika dan profesionalisme, pemikiran saintifik, seni dan kemanusiaan ke arah pembangunan negara bangsa yang baik.
  3. Mempamerkan daya tahan dalam kepemimpinan, kemahiran kerja berpasukan dan pembelajaran sepanjang hayat, khususnya dalam bidang profesional mereka.
  4. Berkomunikasi dengan berkesan dan yakin, merangkumi bidang transdisiplin, industri, masyarakat dan teknologi.
  5. Menunjukkan kemahiran dan pemikiran sosio-keusahawanan, berupaya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dalam merapatkan ketidaksaksamaan dan meningkatkan kelestarian.
AGENDA HEBAT

Untuk melahirkan graduan yang holistik, pola fikir keusahawanan, seimbang, petah dan berdaya fikir ke arah menyumbang kesejahteraan masyarakat serta memenuhi keperluan nasional dan global.