Skip to main content

Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi

Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

Pengenalan

Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, Universiti Sains Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (Advanced Medical and Dental Institute), bermula secara sederhana pada 16 Oktober 2002 setelah menerima memorandum kelulusan rasmi daripada Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan sebuah institut. Pusat ini ditubuhkan dengan pendekatan baharu dan tidak konvensional yang membawa kepada pembangunan penyelidikan lanjutan bertaraf tinggi, program pascasiswazah yang inovatif dalam bidang perubatan, pergigian dan sains kesihatan, serta perkhidmatan penjagaan kesihatan tertiari.

Beberapa kluster telah diwujudkan oleh Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, Universiti Sains Malaysia bagi menerajui aktiviti akademik dan penyelidikan dalam bidang Sains Gaya Hidup, Sains Onkologi & Radiologi, Perubatan Regeneratif, Infectomics, Perubatan Integratif serta Sains Kraniofasial & Biomaterial.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, Universiti Sains Malaysia kekal relevan di peringkat antarabangsa, enam jabatan penyelidikan telah ditubuhkan pada 15 Disember 2021 bagi menyusun semula peranan kluster-kluster terdahulu. Jabatan-jabatan tersebut ialah Jabatan Pengimejan Bioperubatan, Jabatan Sains Bioperubatan, Jabatan Toksikologi, Jabatan Kesihatan Komuniti, Jabatan Sains Pergigian dan Jabatan Perubatan Klinikal.


Warga Kampus

Kenali kami @PKTAAB