Kampus Kesihatan USM: Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu bandar Kubang Kerian, Kelantan. Tempat ini sering sibuk, namun ia menawarkan pelbagai kursus kesihatan dan melatih bakal doktor dan pengamal perubatan di negara ini. Kampus ini telah berfungsi sepenuhnya pada Jun 1983 yang turut menempatkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).