USM@KL (dahulunya dikenali sebagai IPS USM@KL) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2014 dengan tujuan mengukuhkan kehadiran dan keterlihatan fizikal USM di Lembah Klang. Secara khususnya, USM@KL bertanggungjawab mengurus dan menyelaras pelbagai kursus pascasiswazah inovatif untuk pelajar di Lembah Klang dengan kerjasama Institut Pengajian Siswazah (IPS) di Kampus Induk USM. USM@KL terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan kemudahan fizikal, teknikal dan pengajaran-pembelajaran seperti bilik kuliah, pejabat pentadbiran, makmal komputer, ruang rehat pelajar, pusat sumber dan bilik mesyuarat dengan sistem telesidang.
Terjemahan yang disediakan di laman sesawang rasmi ini hanya untuk rujukan pelajar antarabangsa untuk membantu proses permohonan dan kemasukan mereka.
Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang percanggahan maklumat yang timbul daripada terjemahan ini. Pengguna digalakkan merujuk dokumen rasmi dan mendapatkan penjelasan daripada pihak Universiti yang berkaitan jika perlu.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan maklumat antara versi bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Mandarin dalam laman sesawang ini, maka versi bahasa Melayu akan diambil kira.