Skip to main content
Maklumat Korporat

Profil USM

Latar belakang USM


Ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai universiti kedua di negara ini, Universiti Sains Malaysia (USM) pada mulanya dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada tahun 1971, USM telah berpindah dari premis sementaranya di Maktab Perguruan Malaya, Bukit Gelugor, ke lokasi sekarang yang seluas 416.6 hektar di Minden, iaitu kira-kira 9.7 km dari George Town. USM menawarkan pelbagai kursus, daripada Sains Tulen, Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Sains Kesihatan, Sains Farmasi hinggalah Sains dan Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Pendidikan. Kursus-kursus ini ditawarkan pada peringkat sarjana muda dan pascasiswazah kepada 30,000 pelajar di 17 Pusat Pengajian di Kampus Induk, Pulau Pinang; enam (6) Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal (kira-kira 50 km dari Kampus Induk); dan tiga (3) Pusat Pengajian di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan (kira-kira 300 km dari Kampus Induk).

USM juga mempunyai 17 pusat penyelidikan khusus untuk pelbagai bidang seperti arkeologi, perubatan dan pergigian, perubatan molekul, sains dan teknologi, kajian pengurusan dan pembangunan Islam, serta penyelidikan dasar dan kajian antarabangsa. Ia turut menyediakan perkhidmatan perundingan, pengujian, dan penasihatan kepada industri melalui USAINS Holdings Sdn. Bhd., iaitu cabang komersial universiti ini. Sejak awal penubuhannya, USM menggunakan sistem Pusat Pengajian berbanding sistem Fakulti tradisional untuk memastikan pelajarnya mendapat pendedahan pelbagai disiplin ilmu daripada bidang pengajian lain. Universiti ini juga menggalakkan pelajar untuk bergerak aktif dalam aktiviti kokurikulum melalui pelbagai kelab dan persatuan yang ditawarkan.

Sebagai Universiti Penyelidikan Intensif yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) pada tahun 2007, USM menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan kakitangannya. Pada tahun 2008, USM telah menjadi universiti pertama di negara ini yang dipilih oleh kerajaan Malaysia untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX), iaitu satu program laluan pantas untuk membantu institusi pengajian tinggi mencapai status bertaraf dunia.

Kemudahan Sumber & Akademik
Kemudahan yang disediakan oleh USM untuk pelajarnya termasuklah muzium yang mengagumkan dengan artifak pamerannya bertaraf dunia, galeri seni yang canggih dengan karya seni halusnya yang hebat, dewan kuliah, bilik kuliah, bank, kedai buku, farmasi, pejabat pos, kedai runcit, perpustakaan penyelidikan yang kaya dengan koleksi lebih satu juta item serta rangkaian pangkalan data elektronik dan akses Internet yang meluas. Terdapat juga kediaman pelajar, pusat sukan dengan kemudahan dalaman dan luaran yang dapat menampung keperluan aktiviti sukan dan permainan, serta kafeteria dan astaka yang selesa dan direka dengan baik.


Perkhidmatan Sokongan Pelajar & Aktiviti Pembangunan Pelajar 

USM menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelajarnya, termasuklah penginapan di asrama, bimbingan kaunseling dan motivasi, serta kemudahan sukan dan rekreasi seperti padang bola sepak, trek larian sintetik lapan (8) lorong, stadium hoki Astroturf, dan kolam renang bersaiz Olimpik. Acara dan aktiviti kebudayaan pula diadakan di Dewan Budaya untuk mengeratkan hubungan antara pelajar. Terdapat juga pelbagai kelab dan persatuan pelajar yang memenuhi keperluan pelbagai minat, antaranya adalah Persatuan Sains Politik, Kelab Sains Komputer, Kelab Kebudayaan India, Persatuan Navigator, Kelab Astronomi, Kelab Debat dan Pengucapan Awam, serta Kelab Komunikasi Massa. Unit Kaunseling di USM pula menawarkan perkhidmatan sokongan untuk membantu membangunkan potensi dan keupayaan pelajar.

Selain menyumbang usaha penyelidikan negara dan perkembangan ilmu pengetahuan secara umum, USM juga telah mengambil langkah untuk mengenal pasti dan menilai secara berkala bidang penyelidikan yang layak menerima sokongan khas agar dapat bersaing dengan lebih cekap untuk memperoleh dana luaran. Dalam usaha USM menyediakan insentif yang lebih baik bagi pembangunan produk dan proses baharu oleh kakitangannya, universiti ini telah merangka peraturan khusus yang mengawal paten dan pengkomersialan hasil penyelidikan.

Garis Panduan Program

USM menawarkan program sarjana muda dan pascasiswazah yang dikendali oleh pusat-pusat pengajian berikut:

 Kampus Utama

  • Pusat Pengajian Seni
  • Pusat Pengajian Sains Biologi
  • Pusat Pengajian Komunikasi
  • Pusat Pengajian Sains Kimia
  • Pusat Pengajian Sains Komputer
  • Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
  • Pusat Pengajian Pendidikan
  • Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan
  • Pusat Pengajian Kemanusiaan
  • Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Pusat Pengajian Pengurusan
  • Pusat Pengajian Sains Matematik
  • Pusat Pengajian Sains Farmasi
  • Pusat Pengajian Fizik
  • Pusat Pengajian Sains Sosial
  • Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan
  • Institut Pengajian Siswazah
  • Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB)

 Pusat Perkhidmatan

  • Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia
  • Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
  • Pusat Kebudayaan
  • Perpustakaan Hamdan Tahir
  • Perpustakaan Hamzah Sendut
  • Pusat Islam
  • Muzium & Galeri Tuanku Fauziah
  • USM Press
  • Technical Facilities Centre
  • Pusat Bahasa dan Terjemahan

 Kampus Kejuruteraan

  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral

 Unit

  • Unit Penyelidikan Astronomi dan Sains Atmosfera
  • Unit Penyelidikan Pendidikan Asas
  • Unit Terjemahan Berbantu Komputer
  • Unit Inovasi Kejuruteraan dan Pembangunan Teknologi
  • Unit Penyelidikan Haiwan Makmal
  • Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Keamanan
  • Unit Pembangunan dan Khidmat Nasihat Pelajar
  • Unit Penyelidikan Kawalan Vektor

 Kampus Kesihatan

  • Pusat Pengajian Sains Pergigian
  • Pusat Pengajian Sains Kesihatan
  • Pusat Pengajian Sains Perubatan

 Pusat Penyelidikan

  • Pusat Pengurusan Lanjutan
  • Institut Perubatan dan Pergigian Lanjutan
  • Platform Penyelidikan Sains Bioperubatan dan Kesihatan
  • Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia
  • Pusat Penyelidikan Dadah
  • Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga
  • Pusat Kajian Antarabangsa
  • Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
  • Pusat Kajian Marin dan Pesisir Pantai
  • Pusat Penyelidikan Dasar & Kajian Antarabangsa
  • Pusat Kecemerlangan Reka Bentuk Mikroelektronik Kolaboratif
  • Pusat Kawalan Doping
  • Platform Penyelidikan Kejuruteraan dan Teknologi
  • Platform Sains Asas
  • Pusat Genom Manusia
  • Institut Penyelidikan Perubatan Molekul
  • Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia
  • Pusat Nasional IPv6 Lanjutan (NAv6)
  • Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara
  • Pusat Racun Negara
  • Platform Penyelidikan Sains Klinikal
  • Platform Penyelidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Platform Penyelidikan Sains Hayat
  • Platform Penyelidikan Transformasi Sosial
  • Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar
  • Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita

Misi & Visi

Visi : "Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok"

Misi : USM ialah universiti perintis dalam penyelidikan transdisiplin intensif yang memperkasa bakat masa depan dan membolehkan golongan 'bottom billion' mengubah kesejahteraan sosioekonomi mereka.

Nilai : Kualiti, Kesaksamaan, Ketersediaan, Kebolehcapaian, Kemampuan, Kesesuaian

Teras : Pengetahuan, Masa Hadapan, Keunikan, Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan, Pengorbanan, Kesejahteraan

Misi & Visi

Tonggak USM

Piagam Pelanggan

Kami komited untuk mencapai misi dan visi USM melalui :

  • Memperkasakan pelajar dengan nilai-nilai dan ciri-ciri yang diterima dalam pasaran tempatan dan global.
  • Memperkasakan pelajar untuk meningkatkan bakat kepimpinan masa depan dalam membina modal insan yang holistik dan peka akan isu-isu sosial serta perubahan global dalam proses pembinaan bangsa.
  • Memperkasakan penyelidik untuk meningkatkan penyelidikan dan inovasi yang diiktiraf serta memberikan impak kepada masyarakat dan kelangsungan dunia yang lestari.
  • Memperkukuh kecemerlangan akademik melalui pembangunan profesional berterusan dan mengikuti perkembangan teknologi.
  • Mendidik dan memperkukuh usaha merealisasikan agenda kelestarian Universiti.
  • Memperkukuh kerjasama Universiti dalam pelbagai rangkaian strategik tempatan dan global.
  • Memperkukuh tadbir urus Universiti melalui peningkatan kualiti dan pembangunan profesional berterusan.

PENAFIAN

Terjemahan yang disediakan di laman sesawang rasmi ini hanya untuk rujukan pelajar antarabangsa untuk membantu proses permohonan dan kemasukan mereka.

Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang percanggahan maklumat yang timbul daripada terjemahan ini. Pengguna digalakkan merujuk dokumen rasmi dan mendapatkan penjelasan daripada pihak Universiti yang berkaitan jika perlu.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan maklumat antara versi bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Mandarin dalam laman sesawang ini, maka versi bahasa Melayu akan diambil kira.

    • Last Modified: Friday 25 April 2025

    Hak Cipta Terpelihara
    Universiti Sains Malaysia © 2025