Skip to main content

Matlamat Pendidikan Institusi (IEG)

Matlamat Kami

Matlamat Pendidikan Institusi (IEG) USM dibentuk berdasarkan Agenda HEBAT yang bertujuan melahirkan graduan yang holistik, pola fikir keusahawanan, seimbang, petah dan berdaya fikir ke arah menyumbang kesejahteraan masyarakat serta memenuhi keperluan nasional dan global.

Lima (5) Matlamat Pendidikan Institusi (IEG) USM bertujuan melahirkan graduan yang mampu:

  1. Menyerlahkan pengetahuan dan kemahiran, terutama dalam disiplin profesional graduan dengan pemikiran global menggunakan pendekatan berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah.
  2. Menonjolkan sifat seimbang antara nilai dengan sikap berbudi mulia, etika dengan profesionalisme, pemikiran saintifik, dan seni dengan kemanusiaan ke arah pembinaan rakyat dan tamadun bangsa yang cemerlang.
  3. Menyerlahkan kemahiran dan pola fikir sosiokeusahawanan, mampu menyumbang kesejahteraan masyarakat dalam merapatkan jurang ketidaksamarataan, dan meningkatkan kelestarian.
  4. Berkomunikasi secara efektif dan berkeyakinan yang merangkumi intradisiplin dan antaradisiplin, masyarakat dan teknologi.
  5. Mempamerkan kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, terutama dalam disiplin profesional graduan.

AGENDA HEBAT

Untuk melahirkan graduan yang holistik, pola fikir keusahawanan, seimbang, petah dan berdaya fikir ke arah menyumbang kesejahteraan masyarakat serta memenuhi keperluan nasional dan global.

PENAFIAN

Terjemahan yang disediakan di laman sesawang rasmi ini hanya untuk rujukan pelajar antarabangsa untuk membantu proses permohonan dan kemasukan mereka.

Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang percanggahan maklumat yang timbul daripada terjemahan ini. Pengguna digalakkan merujuk dokumen rasmi dan mendapatkan penjelasan daripada pihak Universiti yang berkaitan jika perlu.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan maklumat antara versi bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Mandarin dalam laman sesawang ini, maka versi bahasa Melayu akan diambil kira.

    • Last Modified: Friday 25 April 2025

    Hak Cipta Terpelihara
    Universiti Sains Malaysia © 2025