
#1 Asia Tenggara

#2 Asia

#18 Dunia

#1 Malaysia
Belajar@USM
Kami di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bangganya mengalu-alukan kehadiran pelajar dari 80 buah negara, sekali gus mencipta suasana pembelajaran yang benar-benar global. Dengan jumlah kemasukan pelajar yang melebihi 34,000 orang, USM menawarkan pelbagai gabungan yang kaya dengan budaya, perspektif, dan pengalaman. Pendekatan pelbagai disiplinnya melangkaui pelbagai bidang – sama ada minat anda dalam bidang sains, kejuruteraan, sains kemasyarakatan, atau seni, kepelbagaian kursus yang kami ada ini mempersiapkan anda untuk berjaya dalam dunia yang semakin saling berhubungan ini.
Di samping itu, kami menawarkan program sarjana muda dan pascasiswazah yang fleksibel di luar kampus fizikal kami, yang memastikan anda mampu mencapai matlamat akademik dari mana-mana jua anda berada. Ketahui cara USM mampu menjadikan gerbang pengalaman pendidikan luar biasa anda!
Ucapan Alu-aluan Naib Canselor


Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan anda ke Universiti Sains Malaysia (USM), sebuah institusi terkemuka yang komited dalam melahirkan pemimpin dan pembawa pembaharuan masa depan. Di USM, anda bukan sahaja akan menemui tempat untuk memperoleh ilmu pengetahuan tetapi juga akan merasai persekitaran yang memupuk kreativiti, pemikiran kritis, dan inovasi. Kami komited menyediakan suatu pengalaman pendidikan yang transformatif yang memperkasa anda ke arah menyumbang sesuatu yang bermakna kepada masyarakat. Dengan asas yang kukuh dalam kecemerlangan akademik dan komuniti yang dinamik, saya yakin perjalanan anda di USM akan menjadi pengalaman yang cukup bermakna dan memberikan inspirasi.
Saya mengucapkan selamat maju jaya dan berharap dapat menyaksikan kejayaan anda nanti. Terima kasih.
Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc.
Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia
Maklumat USM
Fakta & Nombor MyRA 2024 (Data belum diaudit)
6
Kampus
26
Pusat Pengajian
14
Pusat Tanggungjawab
39663
Kemasukan Pelajar
8960
Pelajar yang Berijazah
1773
Staf Akademik
2410
Geran Aktif
1215
Penyelidik Utama
249
MoU/MoA Aktif
3794
Jurnal Berindeks
128
Kursus MOOC@USM
181
Kursus Mikro-Credentials (MC)