Jika anda melalui pintu masuk Universiti Sains Malaysia (USM) yang menghadap Jalan Sultan Azlan Shah di Batu Uban pada waktu malam, bahkan pada siang hari sekalipun, pastinya anda akan melihat dua padang bola sepak buatan baharu yang menghiasi laman hijau universiti yang luas itu.
Dinamakan sebagai KOPA ARENA@USM, kedua-dua padang tersebut, masing-masing berukuran 105m x 68m, dibina mengikut piawaian FIFA (badan pentadbir tertinggi bagi bola sepak antarabangsa) dan dilengkapi kemudahan yang canggih.